Page 115 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 115
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
1.2 berkaitan dengan persekitaran;
1.3 unik dan mewakili identiti orang pada setiap kawasan;
1.4 perpindahan dan perubahan dengan budaya yang berlainan zaman.
2. Guru mengemukakan soalan apakah yang akan berlaku apabila didapati manusia
mempunyai bentuk budaya yang berbeza, tetapi terpaksa hidup bersama?
Garis jawapan: Mereka tersebut akan mengalami perasaan keterasingan, penyesuaian, atau
mungkin berakhir dengan konflik atau keganasan. Ada juga dalam kalangan mereka akan
berasa tidak minat dengan masyarakat bandar, kerana mendapati manusia yang berbagai.
3. Guru membuka klip video kepada pelajar tentang sebuah kondo mewah yang membuat
aduan kepada sebuah kuil yang mempunyai suara loceng yang begitu kuat. Guru melontarkan
soalan kepada pelajar adakah ini merupakan contoh konflik budaya dalam masyarakat? Adakah
melanggar hak dalam mempersembahkan budaya? Dan bagaimanakah kita mempunyai jalan
keluar?
Garis jawapan: Ini merupakan konflik budaya yang berlaku antara penduduk Buddha di
dalam kuil dan kondominium baru, disebut konflik cara hidup antara kedua-dua tempat
tersebut. Kejadian ini melambangkan ketidakfahaman cara hidup yang dilakukan oleh kuil dan
melanggar hak untuk mempersembahkan budaya yang telah lama diamalkan. Penyelesaiannya
adalah menerima dan memahami bersama, bukan melalui kesabaran atau mengurangkan
bunyian locong tersebut.
4. Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Ahli dalam kumpulan ialah 5-6
orang. Setiap kumpulan diberikan satu kertas flip chart dan pen. Kemudian minta pelajar
melukis gambar orang-orang di atasnya dan mencetuskan idea jika kita akan menyelesaikan
konflik budaya tanpa melanggar hak orang lain, bagaimanakah panduan untuk berperilaku,
dengan menentukan kepada 3 titik utama iaitu konsep (head), tindakan (hand) dan sikap (heart)
mengikut lembaran Aktiviti 9.1. Kemudian, setiap kumpulan melukis gambar di atas kertas flip
chart serta dengan konsepnya dengan dalam tempoh masa yang diberikan 10 minit.
Garis jawapan:
4.1 Konsep (Head): Belajar tentang pelbagai budaya dan belajar mengenai tingkah laku
budaya lain dalam masyarakat.
103