Page 112 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 112

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas


               Salah satu punca yang menyebabkan perkahwinan paksaan di India berkekalan disebabkan

               anggapan perceraian bagi kaum konservatif di India sangat sensitif. Perceraian hanya berlaku
               terhadap pasangan pengantin yang moden dan sukarela (jumlah ini memang sedikit).


                       Sebilangan besar orang yang menerima perkahwinan paksaan berasal dari keluarga

               konservatif, walaupun mereka tidak  menyenangi  untuk hidup bersama dengan  pasangan
               mereka, tetapi mereka masih tidak berani untuk bercerai kerana tekanan sosial dan kesusahan

               yang akan terjadi setelah perceraian mereka berlaku, terutamanya pasangan wanita, yang sering
               bergantung  kepada kewangan daripada suami mereka. Mereka  terpaksa menerima syarat

               perkahwinan yang pahit daripada memilih perceraian.


                       Walau  bagaimanapun  didapati  beberapa  negara  di  dalam  dunia  ini  yang

               menghukumkan kahwin paksaan adalah suatu kesalahan besar dengan undang-undang negara,
               seperti di Norway. Dalam keadaan yang sama juga, pembawaan kanak-kanak atau orang di

               bawah usia keluar negara untuk mengambil perkahwinan paksaan juga merupakan kesalahan.

                       Pada saat  yang sama didapati ajaran agama  Islam  mengikut perundangan tentang

               perkahwinan  (nikah)  telah  menetapkan  undang-undang  keluarga  dengan  jelas  untuk

               melindungi masyarakat dan untuk kebahagiaan keluarga Islam. Tujuan perkahwinan adalah
               untuk kebaikan yang akan mencerminkan diri individu dan masyarakat secara keseluruhan.








































                                                                                                      100
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117