Page 119 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 119
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
kestabilan antara manusia, masyarakat dan alam semula jadi yang akan membantukan manusia
hidup dalam keadaan yang damai, bebas dan merupakan asas tamadun kemanusiaan.
Budaya majmuk adalah pembinaan persefahaman yang berkaitan dengan sosial, politik,
ekonomi, pendidikan dan sejarah dengan menggunakan struktur etnik (ethnicity), bangsa
(race), status keluarga (socioeconomic status), gender (gender), kemampuan khas
(exceptionalities), bahasa (language), agama (religion), peranan jantina (sexual orientation)
dan kawasan geografi (geographical area). Sesuai dengan pandangan Mitchell dan Satsbury
(1999), yang menjelaskan tentang “Pengurusan pengajian menurut garis panduan budaya
majmuk adalah pendidikan yang bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai positif hidup bersama
dan menyumbang kepada peningkatan kemampuan belajar dalam kalangan pelajar”. Selain itu,
Banks and Banks Multicultural Education Issues and Perspectives (1989) menjelaskan
pendidikan budaya majmuk sebagai “Pendekatan revolusioner yang dirancang untuk
mengubah persekitaran pendidikan secara holistik bagi pelajar daripada kepelbagaian bangsa,
kumpulan etnik, jantina, kemampuan khas pelajar dan kelas sosial dengan memberikan
pengalaman dalam kesetaraan pendidikan di sekolah, kolej dan universiti.”
PENGETAHUAN UNTUK GURU
Pengisytiharan hak asasi manusia sejagat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu no. 18
menyatakan, seseorang mempunyai hak dan kebebasan dalam berfikir, hati nurani dan
beragama atau kepercayaan dan kebebasan untuk mempersembahkan agama atau kepercayaan
dalam bentuk pengajaran amalan menyembah, berdoa, dan melakukan ritual, baik sendirian
atau bersama orang lain dalam masyarakat, di tempat awam atau persendirian.
Akta budaya kebangsaan 1942, telah memberikan makna “Budaya” sebagai ciri yang
menunjukkan kemakmuran, ketertiban, keharmonian, kemajuan negara dan akhlak rakyat yang
baik. Manakala makna “Budaya” mengikut panduan untuk mempertahankan, mempromosikan
dan Pengembangan Budaya pada tahun 1986 menyatakan bahawa “Budaya” adalah cara hidup,
cara menjalankan kehidupan sesebuah masyarakat, pola tingkah laku dan ekspresi di mana
perasaan dan pemikiran dalam situasi yang berbeza dapat diselesaikan oleh anggota masyarakat
yang sama dan saling menghargai. Oleh itu, budaya Thai adalah cara hidup yang dikumpulkan,
dipilih, diperbaiki oleh orang Thai sehingga dianggap sebagai perkara baik dan sesuai mengikut
situasi persekitaran dan telah digunakan sebagai alat atau panduan untuk pencegahan dan
107