Page 110 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 110

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas


                     2.  Setiap  kumpulan diarahkan untuk menulis perbezaan perasaan terhadap aktiviti

                        pencarian pasangan. Bagaimanakah perasaan setelah berpasangan dengan orang yang
                        disukai dan berpasangan dengan orang yang tidak disukai?


                     3. Guru bertanyakan 2-3 pasangan secara rawak.


                     4. Guru menjelaskan bahawa aktiviti mencari pasangan diibaratkan seperti perkahwinan.
                        Sesetengah pasangan perkahwinan mendapat pasangan yang secocok dan sebaliknya.

                        Situasi yang guru menentukan pasangan untuk pelajar, diibaratkan sebagai kahwin

                        paksaan. Andainya seseorang mendapat pasangan yang secocok akan menyenangkan.
                        Begitulah  kepunyaan hak  untuk  memilih  pasangan.  Andainya  seseorang  tidak

                        mempunyai hak akan berlaku masalah seperti yang didapati di dalam klip video.


               Tahap Kesimpulan Aktiviti (10 minit)

                     1. Pelajar menonton video “Kahwin paksaan punca peningkatan bunuh diri” di Sinja, Iraq

                        Sekali lagi (masa yang diberikan ialah 2 minit.)


                     2. Guru meminta setiap pasangan menulis pendapat mereka mengenai hak untuk memilih
                        pasangan. Guru menanyakan 2-3 pasangan secara rawak.


                     3. Guru dan pelajar menyimpulkan bersama tentang aktiviti yang berkaitan dengan hak

                        dalam perkahwinan dan pembentukan rumah tangga harus diwujudkan tanpa sekatan,
                        tidak kira bangsa, kewarganegaraan atau agama. Semua manusia mempunyai hak

                        yang sama dalam perkahwinan, semasa perkahwinan, dan penghabisan perkahwinan.

                        Perkahwinan mesti  dilakukan dengan  persetujuan bebas  dan  sukarela  daripada
                        pengantin baru yang berhasrat untuk berkahwin dan membentuk keluarga, yang

                        merupakan unit semula jadi dan asas masyarakat dan dilindungi oleh masyarakat dan
                        negara.





                 ABM DAN SUMBER PEMBELAJARAN

                      1. Klip video bertajuk “Kahwin paksaan punca peningkatan bunuh diri” di Sinja, Iraq
                         mencari secara dalam talian.


                      2. Kertas dan pen untuk aktiviti mencari pasangan.





                                                                                                        98
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115