Page 120 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 120

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas


               menyelesaikan masalah dalam masyarakat. Selain itu dapat dikatakan “budaya” adalah warisan

               sosial yang telah dikembangkan dan dipertahankan oleh masyarakat untuk berkembang maju.


                       Perwujudan budaya adalah daripada amalan atau cara hidup yang dilakukan bersama
               dalam kalangan ahli masyarakat. Diwarisi sehingga dijadikan sebagai pusaka masyarakat atau

               pembentukan sesuatu yang baru atau penerimaan dari budaya lain yang dapat persetujuan
               dalam kalangan ahli sesuatu masyarakat. Pada tahun 1992 didefinisikan “budaya” sebagai

               kemajuan yang berkembang yang berkesan daripada hubungan manusia dengan manusia,
               manusia dengan masyarakat, dan manusia dengan alam  semula jadi. Dapat dikategorikan

               kepada tiga aspek, iaitu mental, sosial, dan material. Ia merupakan pusaka yang diturunkan

               daripada generasi  kepada generasi  berikutnya, dari masyarakat ke  masyarakat yang  lain
               sehingga menjadi satu pola yang dapat dipelajari dan menghasilkan karma dan produk sama

               ada berbentuk konkrit dan abstrak. Budaya merupakan sesuatu yang patut dibuat penyelidikan,
               mempertahankan,  memperbaharui,  mengembangkan  dan  menukarkan  pandangan  untuk

               kestabilan antara manusia, masyarakat dan alam semula jadi yang akan membantukan manusia

               hidup dalam keadaan yang damai, bebas dan merupakan asas tamadun kemanusiaan.




               BUDAYA MEMPUNYAI CIRI-CIRI UTAMA SEPERTI BERIKUT:


                  1. Budaya timbul  daripada  pembelajaran. Kebudayaan bukanlah sesuatu pembawaan

                     manusia pada semula jadi. Sebagai contoh, tempat tinggal  manusia berbeza dengan
                     sarang lebah kerana lebah membina sarangnya secara semula jadi secara naluri  tidak

                     perlu untuk dipelajari atau diajari, tetapi pembinaan tempat tinggal  manusia berlaku
                     disebabkan oleh pembelajaran yang dilakukan oleh anggota dalam sesebuah masyarakat.


                  2. Budaya adalah warisan sosial. Ia adalah hasil perpindahan dan pembelajaran dari satu

                     generasi  ke  generasi  yang  berikutnya. Cara  penyampaiannya menggunakan bahasa

                     sebagai  medium  untuk menolong manusia meluahkan perasaan mereka dan  dapat
                     memahami orang lain membantu menyebarkan budaya sebagai warisan sosial.


                  3. Budaya adalah cara hidup. Orang yang dilahirkan dalam mana-mana masyarakat mesti
                     mempelajari budaya masyarakat itu,  dan sudah pasti mempunyai perbezaan dengan

                     masyarakat lainnya. Perbezaan tersebut tidak dapat dibandingkan atau diukur bahawa

                     budaya mana paling baik di dunia ini,  kerana setiap budaya mempunyai kelebihan,
                     kekuatan tersendiri mengikut konteksnya. Dapat dilihat contoh budaya Thai, mempunyai


                                                                                                      108
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125