Page 74 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 74

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah


                                                KERTAS AKTIVITI 4.1.1


                              TAJUK: PERATURAN BERMAIN GAME KUTIP BENDERA

               Keterangan: Ahli kumpulan diminta membaca dan memahami peraturan bermain game Kutip

               Bendera.




                                  PERATURAN BERMAIN GAME KUTIP BENDERA


                 1. Tetapkan masa untuk bermain game selama 5 minit bagi setiap kumpulan.

                 2. Pemimpin (ketua kumpulan) berada di barisan hadapan dan petugas kutip bendera berada di
                 hujung barisan.

                 3. Semua ahli kumpulan menutup mata dengan kain. Hanya pemimpin kumpulan tidak ditutup

                 mata.
                 4. Semasa permainan berlangsung, semua orang tidak boleh bercakap. Jika peraturan dilanggar,

                 mereka akan kalah.
                 5. Tugas seorang pemimpin ialah membawa anggota untuk menuju ke tempat bendera dan ahli

                 terakhir berfungsi menjaga bendera. Setiap bendera mempunyai markah yang berbeza.


                                                  Bendera merah 5 markah

                                                  Bendera kuning 4 markah
                                                   Bendera hijau 3 markah

                                                Bendera biru langit 2 markah

                                                  Bendera putih 1 markah
                                                  Bendera hitam 0 markah


                 6. Apabila isyarat masa telah tamat, permainan mesti dihentikan dengan segera.

                 7. Pengadil akan mengira markah dari bendera yang dikumpulkan dan melaporkan keputusan
                 perlawanan di papan markah.

                 8. Guru merumuskan keputusan pertandingan dan berbincang dengan pelajar mengenai apakah

                 pengajaran yang diperoleh menerusi aktiviti permainan ini?



               58
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79