Page 72 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 72
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah
CERITA: KANAK-KANAK YANG BAIK CINTAKAN DEMOKRASI
Disusun oleh Jintana Weerakiatsoonthorn
Nhunit dan kakaknya, Nong mempunyai bapa yang bekerja sebagai jurubina manakala
ibunya merupakan seorang pekerja kilang. Ibu bapa mereka adalah orang yang rajin dan pandai
menabung. Setelah mereka mempunyai dua orang anak, mereka bercita-cita agar anak mereka
akan dapat belajar di peringkat yang tinggi dan memperoleh pekerjaan yang selesa. Nhunit dan
Nong merupakan kanak-kanak yang pintar dalam pelajaran, rajin serta mempunyai kebaikan hati
terhadap orang lain kerana si ibu mendidik anak-anaknya untuk berani menyuarakan pendapat dan
menerima pendapat orang lain. Ibu menganggap keluarga mereka sebagai keluarga demokratik.
Semasa makan petang, semua ahli keluarga akan makan bersama, berbincang, bertukar fikiran dan
pendapat antara satu sama lain.
Pada suatu hari semasa sedang makan petang bersama, bapa bercakap mengenai kenaikan
kos sara hidup sehingga menyebabkan perbelanjaan dalam keluarga lebih banyak berbanding
pendapatannya. Bapa meminta anak-anaknya memberikan pandangan dan cadangan untuk
menghadapi situasi tersebut. Nhunit dan Nong mempunyai pendapat yang sama iaitu mereka harus
berjimat. Ibu dan bapa tersenyum dengan bangga apabila mendengar jawapan tersebut sambil
bertanya, “Bagaimanakah cara kamu berdua hendak berjimat?”
Nhunit: Saya tidak akan beli barang yang tidak diperlukan dan sia-sia, tidak makan
makanan yang tidak berfaedah. Oleh itu, saya akan mempunyai baki wang lagi 5
baht setiap hari.
Nong: Saya tidak akan beli mainan dan tidak akan minum air bergas untuk mengurangkan
perbelanjaan.
Setelah anak-anak memberi pandangan, bapa juga mengatakan, “Bapa akan mengambil
pekerjaan sambilan seperti membaiki rumah yang berbumbung bocor, jubin pecah, paip pecah,
dan pekerjaan lain yang memerlukan kemahiran tangan yang rapi walaupun upahnya tidak terlalu
mahal, adakah anak-anak setuju?”
“Ya, setuju!” jawab anak-anak serentak.
56