Page 70 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 70

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah


               GLOSARI


                       1.     Demokrasi ialah sistem pemerintahan negara oleh rakyat atau wakil yang dipilih
               dalam pilihan raya.


                       2.     Aktiviti demokrasi dalam keluarga merupakan aktiviti yang melibatkan kerjasama
               ahli  dalam keluarga  semasa melaksanakan peranan dan  tanggungjawab mereka. Aktiviti  ini

               melahirkan tanggungjawab sebagai pemimpin dan pengikut yang baik. Antara aktiviti demokrasi

               tersebut ialah penyertaan dalam membuat keputusan, mematuhi suara majoriti, membahagikan
               tugasan dan tanggungjawab, serta bersama-sama memberi pendapat dan hujahan.


               PENGETAHUAN UNTUK GURU

                       Demokrasi mempunyai 6 prinsip asas iaitu:


                       1.     Kuasa  berdaulat  adalah  milik  rakyat  yang  bermaksud  pemerintahan  rakyat,

               diperintah oleh rakyat dan untuk rakyat.

                       2.     Prinsip hak dan kebebasan, iaitu hak merupakan faedah yang dapat dinikmati oleh

               seseorang di bawah undang-undang. Contohnya, seorang mempunyai hak menerima pendidikan,
               rawatan perubatan, dan hak atas harta benda mereka. Sementara itu, kebebasan pula ialah setiap

               orang bebas melakukan apa sahaja mengikut kemahuan mereka tetapi tidak boleh melanggar
               undang-undang sehingga menjejaskan ketenteraman masyarakat, dan tidak melanggar kebebasan

               orang  lain.  Contoh  kebebasan  adalah  seperti  kebebasan  bersuara,  menulis,  mencetak,

               mengiklankan, penubuhan parti politik dan sebagainya.

                       3.     Prinsip persamaan dalam masyarakat demokrasi, iaitu walaupun manusia berbeza

               daripada segi jantina, kulit, kelas, tempat tinggal, agama atau ideologi politik tetapi semua individu
               mempunyai persamaan di bawah undang-undang, terutama dalam hal berikut:


                              3.1    Persamaan politik iaitu setiap individu mempunyai hak mencalonkan untuk

               pilihan raya sekiranya berkelayakan menurut undang-undang, dan setiap individu berhak memilih
               serta mengundi dalam pilihan raya.


                              3.2    Persamaan  peluang  iaitu  setiap  individu  mempunyai  peluang  untuk

               menerima pendidikan, rawatan perubatan, kerjaya dan penerimaan sumbangan negara yang sama.




               54
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75