Page 76 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 76
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah
4. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu, (1) Kumpulan yang terlibat dalam
membuat keputusan, dan (2) Kumpulan yang tidak terlibat dalam membuat keputusan. Setiap
kumpulan diminta bersama-sama membuat analisis mengikut situasi dalam Kertas Aktiviti 4.2.1:
Penyertaan dalam Membuat Keputusan.
5. Pelajar setiap kumpulan bersama-sama menceritakan hasil daripada penganalisisan
mengikut Kertas Aktiviti 4.2.1.
6. Guru dan pelajar bersama-sama membuat kesimpulan terhadap penglibatan dalam
membuat keputusan dan beraktiviti dalam keluarga mengikut proses demokrasi serta mengikut
perjanjian hak kanak-kanak iaitu kanak-kanak berhak menjalani kehidupan yang bebas dan
selamat.
MEDIA / SUMBER PEMBELAJARAN
1. Gambar pakaian di pelbagai situasi.
2. Kertas Aktiviti 4.2.1: Penyertaan dalam Membuat Keputusan.
UKURAN PENILAIAN
1. Penyertaan dalam aktiviti.
2. Berhujah dalam menjawab soalan.
3 Pemberian pendapat.
CADANGAN
1. Guru harus menekankan aspek pemakaian yang betul dan sesuai mengikut budaya
serta tradisi di samping menunjukkan penghormatan terhadap masyarakat dan tempatnya.
GLOSARI
1. Penyertaan bermaksud pembukaan peluang kepada rakyat agar dapat turut serta
dalam pemikiran, penentuan polisi, perancangan, membuat keputusan dan pelaksanaan rancangan.
60