Page 78 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 78
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah
UNIT PEMBELAJARAN 1 KELUARGA SAYA
AKTIVITI 4 Demokrasi dalam Keluarga
AKTIVITI 4.3 Membuat Aktiviti Bersama dalam Keluarga Masa: 1 Jam
STANDARD PEMBELAJARAN / PENGUKURAN
Isi pembelajaran 2.2 darjah1/3 dapat terlibat dalam membuat keputusan dan aktiviti
dalam keluarga serta sekolah mengikut proses demokrasi.
TUJUAN UNTUK PELAJAR
1. Memahami dan menghargai kepentingan proses demokrasi dalam keluarga.
2. Terlibat dalam membuat keputusan dan aktiviti dalam keluarga mengikut proses
demokrasi.
CARA MELAKSANAKAN AKTIVITI
1. Guru meletakkan kad perkataan dan meminta pelajar untuk membentuk kumpulan
berdasarkan perkataan yang telah dialami oleh pelajar “Siapakah yang pernah mengalami salah
satu perkataan yang dipaparkan ini?”
1.1 Anak tidak perlu buat, nanti bapa dan ibu buat sendiri.
1.2 Sini, nanti ibu buat biar lebih cepat.
1.3 Anak tidak perlu pergi kebun haiwan dengan kawan, nanti bapa pergi
sendiri, lebih selamat.
2. Guru meminta pelajar menceritakan perasaan apabila mendengar perkataan-
perkataan tersebut.
3. Pelajar melihat 3 gambar tentang penyertaan dalam aktiviti keluarga seperti
membantu menyiram pokok dan menyapu rumah serta menceritakan pengalaman dan perasaan
apabila melakukan aktiviti itu.
4. Pelajar menceritakan perasaan terlibat dalam 2 jenis aktiviti dalam keluarga yang
berbeza dan 1 jenis aktiviti tidak disertai dalam keluarga.
62