Page 69 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 69
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia • Tahap Sekolah Rendah Bawah
5. Pelajar setiap kumpulan bermesyuarat untuk merancang cara bermain berdasarkan
Kertas Aktiviti 4.1.1: Peraturan Cara Bermain Game Kutip Bendera.
6. Ahli setiap kumpulan bermain game Kutip Bendera.
7. Pelajar setiap kumpulan diminta menjawab soalan berikut:
7.1 Kenapakah kumpulan yang menang mendapat markah yang tinggi?
7.2 Kenapakah kumpulan yang kalah tidak mampu mendapat markah yang
tinggi?
8. Pelajar dan guru bersama-sama membuat kesimpulan tentang kepentingan
memiliki sifat kepimpinan bagi ibu bapa dan sifat pengikut pada anak-anak berlandaskan
demokrasi dengan menekankan pelaksanaan peranan, tanggungjawab dan hak diri sendiri yang
membawa kepada kebahagiaan hidup bersama.
MEDIA / SUMBER PEMBELAJARAN
1. Kisah yang bertajuk “Kanak-kanak yang Baik Cintakan Demokrasi”.
2. Kertas Aktiviti 4.1.1: Peraturan Cara Bermain Game Kutip Bendera.
3. Bendera yang berwarna-warni.
UKURAN PENILAIAN
1. Penyertaan dalam aktiviti.
2. Berhujah dalam menjawab soalan.
3. Pemberian pendapat.
CADANGAN
1. Guru harus melaksanakan aktiviti yang mendedahkan pelajar terhadap sifat
pemimpin dan pengikut supaya mereka dapat melaksanakan peranan serta tanggungjawab dengan
betul. Pada masa yang sama, para pelajar perlu menyedari bahawa ibu bapa mempunyai kuasa
dalam mendidik anak-anak menjadi seorang yang baik dan jika anak tidak patuh maka ibu bapa
berhak menghukum dengan sewajarnya.
53