Page 79 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 79

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia • Tahap Sekolah Rendah Bawah



                       5.     Pelajar  dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kemudian guru mengarahkan

               setiap kumpulan membaca situasi simulasi dalam Kertas Aktiviti 4.3.1: Membuat Aktiviti Bersama

               dalam Keluarga dan bersama-sama menjawab soalan mengikut isu yang ditetapkan.

                       6.     Pelajar bersama-sama memberi contoh aktiviti yang ahli dalam keluarga dapat

               sertai bersama.

                       7.     Pelajar  bersama-sama  membuat  kesimpulan  tentang  pengajaran  yang  dapat

               diperoleh daripada aktiviti yang dijalankan dan kaitan pada kepentingan terhadap penyertaan
               membuat aktiviti keluarga. Pelajar juga harus mengaitkan aktiviti tersebut sejajar dengan hak

               kanak-kanak tentang hal penyertaan iaitu semua kanak-kanak mempunyai hak dalam memberi

               pendapat, pandangan, maklum balas dan terlibat membuat keputusan dalam pelbagai hal yang
               mempunyai kesan kepada diri sendiri.


               MEDIA / SUMBER PEMBELAJARAN


                       1.     Kad yang mengandungi 3 perkataan.

                       2.     Tiga gambar penyertaan dalam aktiviti keluarga.


                       3.     Kertas Aktiviti 4.3.1: Membuat Aktiviti Bersama dalam Keluarga.

               UKURAN PENILAIAN


                       1.     Penyertaan dalam aktiviti.

                       2.     Berhujah dalam menjawab soalan.


                       3.     Mempersembahkan hasil kerja.


                       4.     Pemberian pendapat.

               CADANGAN


                       1.     Guru  harus  mengadakan aktiviti  yang  membolehkan pelajar  merasai  bahawa
               mereka dapat diterima dan dihormati dalam memberikan pendapat. Hal ini penting kerana kanak-

               kanak merupakan pemimpin pada  masa  depan  dan  lebih  mengetahui apa  yang  patut  dan

               sebaliknya, selain menghormati hak sendiri dan orang lain. Oleh itu, aktiviti  sedemikian akan
               membantu mengurangkan kelompangan dalam masyarakat.


                                                                                                           63
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84