Page 71 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 71
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia • Tahap Sekolah Rendah Bawah
4. Prinsip persaudaraan iaitu semua manusia dianggap bersaudara dan saling kasih-
mengasihi. Mereka tidak dibahagikan kepada wilayah tempat tinggal, tidak dibeza-bezakan
mengikut bangsa, kelas, jantina, atau warna kulit, sentiasa bersifat murah hati, berempati dan
simpati, serta tidak mengambil kesempatan antara satu sama lain.
5. Prinsip beralasan iaitu setiap individu dalam masyarakat perlu mendengar alasan
orang lain, tidak berkeras dengan pendapat sendiri sahaja sehingga orang lain melihat kita sebagai
orang yang mempunyai pendapat yang berbeza dengan kenyataan.
6. Prinsip kedaulatan iaitu pemerintahan berlandaskan prinsip undang-undang. Setiap
individu mempunyai persamaan di bawah undang-undang. Setiap individu mesti mematuhi
undang-undang dengan sama rata, dan tidak memilih bulu dalam menggunakan undang-undang
pada individu atau kumpulan tertentu.
SUMBER: Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (2015). Buku Panduan Pelaksanaan Demokrasi
Warganegara yang Baik. Bangkok: Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya: 10-11.
55