Page 75 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 75
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia • Tahap Sekolah Rendah Bawah
UNIT PEMBELAJARAN 1 KELUARGA SAYA
AKTIVITI 4 Demokrasi dalam Keluarga
AKTIVITI 4.2 Penyertaan dalam Membuat Keputusan Masa: 1 Jam
STANDARD PEMBELAJARAN / PENGUKURAN
Isi pembelajaran 2.2 darjah1/3 dapat terlibat dalam membuat keputusan dan aktiviti
dalam keluarga serta sekolah mengikut proses demokrasi.
TUJUAN UNTUK PELAJAR
1. Memahami dan menghargai kepentingan proses demokrasi dalam keluarga.
2. Terlibat dalam membuat keputusan dan aktiviti dalam keluarga mengikut proses
demokrasi.
CARA MELAKSANAKAN AKTIVITI
1. Guru meminta pelajar memilih gambar pakaian di pelbagai situasi yang sesuai
dengan tempat dan aktiviti serta alasannya.
2. Pelajar bersama-sama menjawab soalan berikut:
2.1 Adakah pelajar pernah melihat orang memakai pakaian yang tidak sesuai
dengan situasi? Terangkan?
2.2 Bagaimanakah perasaan pelajar terhadap orang yang pemakaiannya tidak
sesuai dengan situasi?
2.3 Adakah pelajar terlibat dalam pemilihan pakaian untuk pelbagai aktiviti
untuk dirinya sendiri? Terangkan?
2.4 Jika pelajar terlibat dalam pemilihan pakaian untuk dirinya sendiri, apakah
prinsip dalam pemilihannya?
3. Guru dan pelajar bersama-sama membuat kesimpulan berkaitan kepentingan
terlibat dalam membuat keputusan dan beraktiviti dalam keluarga mengikut proses demokrasi.
59