Page 115 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Prasekolah
P. 115
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Tahap
Prasekolah
PENGETAHUAN UNTUK GURU
Guru dapat menanamkan rasa cinta terhadap masyarakat kepada pelajar melalui
aktiviti pembelajaran seperti berikut:
1. Ceritakan tentang komuniti tempat tinggal pelajar mengikut keadaan sebenar.
Mengenai lokasi rumah pelajar dan jiran mereka, mereka saling berkenal, misalnya, Kampung
Sanyung. Kampung Tha Ngio, Kampung Khlong Kwai dan sebagainya.
Biarkan pelajar melihat persekitaran di sekitar komuniti, ceritakan cara menjaga alam
sekitar, seperti tidak membuang sampah ke sungai, jalan raya, taman dan sebagainya.
2. Membawa pelajar lawatan ke pelbagai tempat dalam komuniti (mengikut
kesempatan dan kesesuaian usia pelajar) seperti kuil, hospital, kedai, pasar, pejabat pos, dan
lain-lain untuk menyertai aktiviti dari tempat-tempat seperti menawarkan makanan kepada
sami dan menyanyikan pujian di gereja. Menyertai dalam menanam pokok di tempat awam
pada majlis khas atau hari penting.
3. Ceritakan kisah tempatan atau cerita tempatan. Ini adalah kisah menarik yang
diturunkan dari generasi ke generasi. Mungkin ia sebenarnya berlaku atau menerangkan sejarah
yang berada di tempatan seperti gunung, pulau, batu, gua, orang tempatan dan tempat yang
dibina oleh orang. Mereka memberitahu anak-anak mereka misalnya; kisah Koh Nu Koh Miaw
(Pulau Tikus - Pulau Kucing) di wilayah Songkhla, Kisah Phra Ruang yang berlaku di
Sukhothai, Kisah Phra Pathom Chedi di wilayah Nakhon Pathom dan lain-lain lagi. Untuk
bercerita kepada pelajar prasekolah itu kisah tersebut akan diringkaskan tetapi tepat untuk
pelajar mudah memahami dengan mengadakan gambaran tempat itu bersama.
4. Membawa pelajar mengikuti pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang sesuai bersama
dengan memberitahu sebab-sebab mengapa kita melakukan aktiviti ini. Seperti menyertai
tradisi Loi Krathong, Perbarisan Lilin, menawarkan makanan kepada dewa, Hari Songkran
untuk menyirami orang tua atau orang yang dihormati dan lain-lain lagi. Inti daripada tradisi
tersebut adalah untuk menunjukkan rasa terima kasih kepada para dermawan atau orang yang
dihormati.
5. Sediakan buku bergambar mengenai komuniti pelajar untuk membaca atau minta
pelajar membaca dan disusun di sudut buku. Galakkan minat pelajar dengan menyatakan nilai
113