Page 85 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 85

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas


               pengeluaran sumber yang ada untuk memanfaatkan dalam melaksanakan kehidupan tentang

               masyarakat dan ekonomi mengikut keperluan yang sesuai. Semua ini merupakan pembangunan
               pengetahuan rakyat ke arah yang lebih baik.





                 TAHAP PENYERTAAN
                       Narinchai Pongnapha (2013:17) mengatakan penyertaan mengikut prinsip umum terdiri

               daripada 5 tahap berikut:

                       1.  penyertaan dalam memberi maklumat diri/keluarga/masyarakat;

                       2.  penyertaan dalam menerima maklumat;

                       3.  penyertaan dalam membuat keputusan, khususnya dalam projek yang berkaitan
                          dengan diri, dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu:

                          3.1 mereka mempunyai kuasa sedikit dalam membuat keputusan daripada penaja;
                          3.2 mereka  mempunyai kuasa  yang  sama  dalam  membuat keputusan dengan

                              penaja;
                          3.3 mereka mempunyai kuasa lebih daripada penaja dalam membuat keputusan.



                       4.  Penyertaan dalam bertindak bermaksud menyertai pada segala pelaksanaan.
                       5.  Penyertaan  dalam  menyokong  bermaksud  tidak  mempunyai  peluang  untuk

                          melakukan tetapi menyertai pada bahagian lain.

               Selain  itu  dibahagikan tahap  penyertaan kepada tahap  penyertaan dalam  pembangunan

               masyarakat  dan  tahap  penyertaan  dalam  menyelesaikan  masalah  yang  terdapat  dalam

               masyarakat dapat dikategorikan seperti berikut:

                   1.  sama-sama mencari masalah dalam masyarakat dan menganalisis masalah asas;

                   2.  sama-sama mencari kepentingan dalam hidup mereka seperti:
                       2.1 sama-sama mengklasifikasikan masalah, untuk menentukan penyelesaian masalah

                          utama dan masalah seterusnya;

                       2.2 merancang penyelesaian mengikut masalah yang dihadapi;
                       2.3 membincangkan jalan penyelesaian yang sesuai dengan masalah yang dihadapi;

                       2.4 sama-sama membangunkan teknologi untuk penggunaan dalam masyarakat;
                       2.5 menyertai dalam proses menyelesaikan masalah;

                       2.6 sama-sama mengikuti dan menilai pelaksanaan;
                       2.7 sama menerima dan memikul risiko dalam pelaksanaan.


                                                                                                        73
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90