Page 84 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 84
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
Perkara 3: aktiviti penyertaan merupakan perantaraan antara rakyat dengan sumber
untuk membangun dengan faedah yang akan dapati setelah melabur. Dapat dikatakan
penyertaan rakyat untuk membuat keputusan sama ada pada tahap masyarakat, benua dan tahap
negara sekalipun akan mempunyai hubungan antara perkara yang rakyat melabur dengan
manfaat yang akan didapati.
Perkara 4: penyertaan yang dilakukan oleh rakyat adalah berbeza mengikut keadaan
ekonomi, polisi, dan struktur pentadbiran negara. Keadaan ekonomi dan masyarakat rakyat,
penyertaan rakyat bukan sekadar merupakan teknik atau cara, tetapi merupakan faktor penting
dalam menjamin agar berlaku proses pembangunan yang memudahkan rakyat mendapat faedah
daripadanya.
Selain itu, pembangunan proses penyertaan rakyat harus memberikan peluang kepada
mereka dapat menyertai dalam membuat keputusan mengikut kehendak mereka serta membuat
keputusan dalam menggunakan segala sumber yang disediakan kerajaan. Thawithong
Hongwiwat (1984:02) mempunyai pandangan yang sama tentang penyertaan, iaitu hak rakyat
dalam membuat keputusan terhadap polisi yang berkaitan dengan peruntukan (allocation) dan
penggunaan (utilization) sumber untuk pengeluaran. Pembangunan penyertaan ini merupakan
perkara penting yang harus disertai rakyat dalam merancang demi untuk hidup yang lebih baik
serta memberi respons terhadap beberapa perkara yang dihadapi oleh mereka.
Melalui pembangunan ini rakyat jelata yang bertaraf miskin akan mendapat faedah,
sama ada untuk pengeluaran dan perkhidmatan serta segala kemudahan awam. Penyertaan
merupakan amalan menyertai rakyat dalam membuat keputusan pada tahap tertentu,
pengurusan dalam politik untuk menetapkan kemahuan rakyat. Penyertaan rakyat akan
menghasilkan proses dan struktur yang dapat dilakukan oleh rakyat. Kehendak rakyat,
penentuan keutamaan, penyertaan dalam pembangunan dan pemanfaatan daripada
pembangunan itu akan diberi kuasa dalam membuat keputusan kepada rakyat, khususnya
rakyat lapisan bawah yang mempunyai taraf ekonomi rendah. Pembangunan penyertaan rakyat
merupakan proses sukarelawan yang rakyat sudi menentukan segala perubahan positif demi
mereka sendiri bukan daripada penentuan prinsip daripada orang luar.
Daripada konsep penyertaan di atas, dapat dilihat bahawa penyertaan rakyat selaku ahli
dalam masyarakat, sama ada daripada segi pembangunan masyarakat, ekonomi atau budaya
merupakan pembangunan yang tinggi yang berkaitan dengan pengetahuan yang dapat
ditentukan oleh rakyat sendiri. Mereka dapat mengurus, mengawal penggunaan serta
72