Page 80 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 80

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas


                               Pusingan 3, wakil akan berasa tidak selesa kerana tidak dapat bercakap apa-apa

                      pun, tetapi  masih mempunyai kepercayaan  terhadap ahli  dalam kumpulan tentang
                      pertukaran kad dengan kumpulan lain.

                               Pusingan 4, wakil dan ahli dalam kumpulan dapat bercakap. Perasaan yakin
                      dalam permainan game tiba.

                   3.  Guru menyimpulkan permainan game dengan mengaitkan penyertaan dan percakapan

                       dalam pentadbiran antara pemimpin dan rakyat adalah penting untuk menjayakan
                       sesuatu tugasan atau menyelesaikan sesuatu masalah.

                       Maklumat: Penyertaan bermaksud pemberian peluang kepada penduduk atau rakyat
                       untuk menyertai setiap proses pembangunan atau penyelesaian masalah. Langkah-

                       langkah ini dapat dilakukan melalui pemberian peluang untuk rakyat menyertai dalam

                       pemikiran, penetapan polisi, penyertaan dalam proses merancang, membuat keputusan
                       dan melaksanakan ikut  perancangan. Selain  itu,  diberi  peluang lagi  untuk rakyat

                       memeriksa penggunaan kuasa kerajaan pada setiap lapisan, menyertai segala proses
                       penilaian dan tanggungjawab yang memberi kesan kepada rakyat, masyarakat atau

                       mana-mana badan. Permainan game tersebut membuktikan bahawa, untuk mendapat
                       kejayaan pada sesuatu pekerjaan, wakil yang berperanan sebagai ketua tidak dapat

                       bertindak seorang diri dan dalam keadaan yang sama juga tidak dapat ikut suara rakyat

                       secara  buta  tuli  tanpa  melakukan penilaian.  Antara  pemimpin dan  rakyat  harus
                       mendengar dan bertimbang. Penyertaan daripada rakyat merupakan aset penting untuk

                       dapat hidup bersama dengan bahagia dan dapat menyelesaikan permasalahan yang
                       berlaku di dalam masyarakat.

                   4.  Guru mengagihkan kertas flip chart dan pen kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan

                       menulis cara menyertai dalam pentadbiran atau cara hidup dalam masyarakat secara
                       demokrasi yang mengelakkan daripada masalah atau dapat hidup secara aman.

                       Jawapan:          1.  menghormati hak dalam  mengemukakan pandangan masing-
                                         masing;

                                         2. tidak menggunakan hak diri sehingga menyusahkan orang lain;

                                         3. menggunakan hak diri dengan menilai terhadap orang lain;
                                         4. menyertai dalam merefleks masalah dan mengemukakan jalan

                                         penyelesaian bersama;
                                         5. menyertai dalam pentadbiran demi masyarakat yang aman.






                                                                                                        68
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85