Page 87 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 87

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas


                        UNIT               HAK ASASI MANUSIA YANG BERKAITAN DENGAN

                 PEMBELAJARAN 4                                   EKONOMI


               Aktiviti 6 Buruh dan Upah yang Adil                       Masa: 1-2 jam


                 KONSEP PENTING

               Setiap manusia berhak untuk bekerja dengan saksama, mendapat gaji dengan adil dan saksama
               mengikut hasil  yang sesuai. Tenaga buruh mesti  mendapat perlindungan dengan undang-

               undang,  tanpa  berbelah  bahagi  mengikut  bangsa,  jantina,  mahupun  agama.  Hormat-
               menghormati antara majikan dengan buruh merupakan aset penting dalam hidup bersama

               dengan aman.


                 PENGISYTIHARAN HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT
                   23  (1) Setiap orang mempunyai hak untuk bekerja, memilih kerja dengan bebas mengikut

                       kondisi  yang  adil  serta  berfaedah  dalam  pekerjaan  dan  pengelakan  daripada
                       pengangguran.

                       (2) Setiap orang berhak untuk mendapatkan gaji dengan saksama pada kerja yang sama,

                       tanpa pilih kasih.
                       (3)  Setiap orang  yang bekerja berhak untuk mendapatkan gaji  dengan adil  untuk

                       menyara hidup diri, keluarga serta sesuai dengan kehormatan diri sebagai manusia.
                       Selain itu harus mendapat perlindungan lain-lain lagi untuk keperluan hidup.

                   24  Setiap orang berhak untuk rehat, mempunyai masa yang lapang serta mengehadkan

                       masa yang sesuai dan berpada dalam pekerjaan dan berhak untuk bercuti mengikut
                       keperluan dengan mendapatkan gaji.



                 STANDARD PEMBELAJARAN

                       S  2.1 M.4-6/4:  Menilai situasi hak asasi manusia di Thailand dan mengemukakan

               pandangan dalam pembangunan.

                       S 3.1 M.4-6/1: Membentangkan penentuan harga dan gaji dalam sistem ekonomi.


                 OBJEKTIF PEMBELAJARAN

                   1.  Analisis ketidakadilan yang berkaitan dengan buruh dan gaji dengan tepat.
                   2.  Mengemukakan pemberian gaji yang adil dengan tepat.





                                                                                                        75
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92