Page 83 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 83

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas


                   2.  Guru harus menghuraikan prinsip penggunaan hak diri sendiri yang tidak melampaui

                       batasan serta kerjasama yang dapat menjayakan sesuatu perkara yang harus beriringan
                       antara satu sama lain.

                   3.  Andainya didapati pengajar sendiri atau siapa sahaja yang mempunyai pengalaman
                       dalam menyertai sesuatu aktiviti, mereka harus menceritakannya kepada pelajar di

                       dalam kelas.



                 DEFINISI OPERASIONAL

               Penyertaan (participation) dalam  sesuatu  aktiviti  bermaksud seseorang  melakukan atau

               melaksanakan dalam sesuatu perkara atau benda yang mereka minati dan tertarik, sama ada
               dalam keadaan bersungguh-sungguh atau sebaliknya. Seseorang tidak semestinya mempunyai

               hubungan secara langsung atau tidak. Mereka mempunyai hubungan melalui pemikiran, sikap,
               minat, perasaan bimbang dan sebagainya.




                 PENGETAHUAN UNTUK GURU

               Dalam mesyuarat Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1975 tentang penyertaan dalam kalangan

               rakyat, pihak pakar memberi cadangan bahawa penyertaan rakyat tidak dapat menetapkan
               konsep dengan lengkap, kerana konsep penyertaan pada setiap negara atau masyarakat adalah

               berbeza mengikut konteks masing-masing. Oleh itu penentuan konsep penyertaan untuk rakyat

               dapat diberikan kepada bidang-bidang tertentu sahaja seperti ekonomi, masyarakat, dan politik.
               Walau  bagaimanapun pihak  pakar telah  menjelaskan konsep tentang  penyertaan seperti

               berikut:

                       Perkara 1: Penyertaan rakyat termasuk pembinaan peluang yang memudahkan semua

               anggota di dalam komuniti atau masyarakat menyertai aktiviti ke arah dapat memberi kuasa
               kepada proses yang dilakukan dan membangun serta memudahkan rakyat mendapat faedah

               daripada pembangunan tersebut.


                       Perkara 2: penyertaan dapat merefleks kepada sukarelawan dan demokrasi. Memberi
               kemudahan untuk pembangunan, pembahagian natijah yang didapati daripada pembangunan

               tersebut dengan saksama dan adil dan dalam membuat keputusan untuk menentukan  target,

               polisi, dan perancangan dalam melaksanakan projek pembangunan ekonomi dan masyarakat.






                                                                                                        71
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88