Page 90 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 90
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
7. Pelajar yang berlakon sebagai pemilik syarikat dan tenaga buruh berunding untuk
menyambung kerja seterusnya dan membaling dadu sekali lagi apabila pusingan tamat
(didapati 3-5 pusingan).
8. Apabila cukup 3-5 kali, semua tenaga buruh akan mengambil gaji atau pendapatan
mereka untuk membeli barangan dengan pemilik pada setiap syarikat untuk menyara
hidup, harga barangan adalah seperti berikut:
Makanan 10 Pakaian 20
Penginapan 40 Ubat 30
9. Pelajar yang berlakon sebagai pemilik syarikat menyimpulkan pendapatan syarikat dan
jumlah produk ke dalam akaun catatan.
10. Pelajar yang berlakon sebagai tenaga buruh menyimpulkan pendapatan mereka dan
jumlah barangan yang dibeli ke dalam akaun catatan.
Tahap Kesimpulan Aktiviti (10 minit)
1. Guru mengemukakan soalan untuk merefleks bagaimanakah kesan pada masa
pelaksanaan, penyelesaian masalah dan mengambil inisiatif pada setiap kali?
Kenapakah diambil inisiatif seperti sedemikian? Bagaimanakah perasaan pelajar
terhadap inisiatif tersebut (orang yang membuat inisiatif dan orang yang mendapat
kesan daripada inisiatif tersebut?
2. Guru membina soalan untuk mengaitkan dengan kehidupan sebenar pelajar dan
bertanyakan pelajar tentang pengalaman ketidakadilan daripada segi tenaga buruh atau
gaji yang pernah dilalui oleh pelajar? Bagaimanakah penyelesaian yang dilakukan oleh
pelajar pada masa itu?
3. Guru menyoal pelajar lagi untuk mengaplikasikan pada masa hadapan andainya pelajar
menjadi majikan, pemilik syarikat atau tenaga buruh, bagaimanakah pelajar akan
mengurus untuk mengelak daripada ketidakadilan dalam memberikan upah atau gaji?
4. Pengajar membentangkan pengisytiharan hak asasi manusia sejagat tentang ekonomi
serta menghubungkan jawapan pelajar. Tujuan diadakan perhubungan dengan jawapan
pelajar adalah kerana untuk merefleks pandangan pelajar yang berkaitan dengan
keadilan dalam masyarakat.
78