Page 79 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 79
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
menampalkan kad angka tersebut pada dahi tanpa mengetahui nombor angka
tersebut dan duduk di hadapan kumpulan masing-masing.
1.4 Setiap pusingan wakil yang memegang kad boleh menukarkan kad atau tidak mahu
menukar dengan wakil pemegang kad daripada kumpulan lain sebanyak sekali
seorang.
1.5 Permainan didapati 4 pusingan, berikut:
Pusingan 1: Wakil pada setiap kumpulan tidak dibenarkan untuk bercakap dengan
ahli dalam kumpulan sendiri, tetapi dapat menukar kad dengan wakil kumpulan lain
dengan melaporkannya kepada guru.
Pusingan 2: Wakil pada setiap kumpulan dibenarkan bercakap dengan ahli dalam
kumpulan masing-masing, tetapi ahli dalam kumpulan tidak dibenarkan untuk
bercakap dengan wakil kumpulan dan dapat menukarkan kad dengan memberitahu
guru.
Pusingan 3: Ahli dalam kumpulan dapat bercakap dengan wakil tetapi dilarang
untuk memberitahu markah yang ada pada kad. Manakala wakil dilarang untuk
bercakap dengan ahli dalam kumpulan. Wakil dapat menukarkan kad apabila
diberitahu kepada guru.
Pusingan 4: wakil kumpulan dan ahli dalam kumpulan dapat bercakap antara satu
sama lain, tetapi dilarang untuk memberitahu jumlah angka yang berada pada kad.
Kad dapat ditukar dengan cara memberitahu guru.
1.6 Setiap pusingan akan dicatat nombor yang ada pada kad masing-masing. Markah
akan dapat mengikut angka yang wujud di dalam kad pada setiap pusingan. Markah
pada empat pusingan dicampurkan. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi
menjadi johan.
2. Setelah selesai game, pelajar diarahkan untuk duduk di tempat yang asal dan
bertanyakan kepada mereka apakah perasaan pelajar pada setiap pusingan? Soalan
ditanyakan secara umum kepada wakil dan ahli dalam kumpulan.
Jawapan: Pusingan 1, ahli dalam kumpulan tidak selesa kerana tidak dapat bercakap
dengan wakil kumpulan dan wakil tidak tahu untuk bertukar kad atau tidak. Pertukaran
kad atau tidak dilakukan dengan cara teka ikut kehendak diri wakil.
Pusingan 2, ahli dalam kumpulan tidak selesa kerana tidak dapat menerangkan
sesuatu kepada wakil. Manakala wakil yang dapat bercakap, hanya bercakap dengan
wakil pada setiap kumpulan, sedangkan ahli dalam kumpulan tidak dapat berbuat apa-
apa pun.
67