Page 69 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 69

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas


               Tahap Permulaan (15 minit)


                   1.  Guru menyediakan kad kata yang berkaitan dengan media massa atau aplikasi yang
                       berkaitan dengan komunikasi sebanyak 20 perkataan, seperti dalam Aktiviti 4.1 yang

                       terdiri daripada:
                       1)  Line      2) Messenger  3) Twitter     4) WhatsApp  5) Google  6) Instagram


                       7) Facebook   8) YouTube  9) Televisyen 10) Radio  11) Akhbar 12) Majalah


                       13) Buku  14) Papan Iklan 15) Telefon Rumah 16) E-mel  17) Surat       18) CD/DVD
                       19) Gambar  20) Pager


                   2.  Pelajar diarahkan untuk mencari pasangan dan tampil ke hadapan untuk mengundi kad
                       kata, satu gambar untuk satu kumpulan. Kemudian diarahkan untuk mencari maklumat

                       yang terdapat di dalam gambar tersebut. Tajuk yang mesti dicari maklumat termasuk

                       cara penggunaan media massa yang diperoleh oleh kumpulan masing-masing, apakah
                       kekuatan dan kelemahan media massa tersebut. Tempoh masa yang diberikan ialah 5

                       minit.
                   3.  Guru mengarahkan setiap kumpulan berkumpul mengikut kad kata yang didapati.

                       Kumpulan pertama berada di sebelah kiri kelas tentang media massa berbentuk online,
                       manakala kumpulan kedua harus bergerak kepada sebelah kanan kelas, tentang media

                       massa berbentuk offline.

                   4.  Guru memilih dua kumpulan pada sebelah kiri dan dua kumpulan yang berada di
                       sebelah kanan secara rawak. Kumpulan yang  dirawak harus menghuraikan alasan

                       kenapa dianggap kad kata yang didapati tergolong ke dalam media massa berbentuk
                       online atau offline?  Apakah kekuatan dan kelemahan media massa yang  didapati

                       tersebut? Kemudian guru menghuraikan lagi secara mendalam.

                   5.  Pelajar diarahkan lagi untuk berkumpul mengikut jenis media massa. Sebelah kiri kelas
                       ialah  kumpulan media  jenis  interpersonal dan  sebelah  kanan  ialah  media  jenis

                       komunikasi massa.
                   6.  Guru memilih dua kumpulan pada sebelah kiri dan dua kumpulan yang berada di

                       sebelah kanan secara rawak. Kumpulan yang  dirawak harus menghuraikan alasan

                       kenapa dianggap  kad  kata  yang  didapati tergolong  ke  dalam  media massa  jenis
                       interpersonal atau komunikasi massa? Apakah kekuatan dan kelemahan media massa

                       yang didapati tersebut? Kemudian guru menghuraikan lagi secara mendalam.





                                                                                                        57
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74