Page 70 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 70
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
7. Guru mengaitkan isi tentang media massa yang terdiri daripada dua bentuk dan dua
jenis. Setiap bentuk dan jenis mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Media massa pada setiap jenis mempunyai kesulitan tersendiri yang akan membawa
kepada ketidaktepatan penginterpretasian dan penyelewengan matlamatnya.
Tahap Aktiviti (75 minit)
1. Pelajar diarahkan untuk menentukan kumpulan masing-masing yang setiap kumpulan
terdiri daripada 4-5 orang. Setelah penetapan kumpulan selesai, diarahkan wakil pada
setiap kumpulan keluar ke hadapan untuk mengambil situasi yang telah ditetapkan guru
mengikut Akitiviti 4.2. Setiap situasi akan mempunyai dua kumpulan yang sama.
Senarai situasi adalah seperti berikut:
1.1 Kempen pengurangan penggunaan plastik di dalam kawasan sekolah;
1.2 Ketidaksetujuan terhadap polisi pentadbir sekolah terhadap pelajar;
1.3 Mengemukakan pandangan setelah membaca berita tentang penghinaan jantina
golongan yang ketiga (pondan);
1.4 Komen bekas kekasih sendiri yang mempunyai kelakuan curang sehingga berpisah;
1.5 Komen pelaksanaan tugasan kerajaan.
2. Guru menghuraikan langkah-langkah aktiviti seperti berikut:
2.1 Setelah setiap kumpulan memperoleh situasi di atas, diarahkan untuk berfikir dan
menciptakan media yang berkaitan dengan situasi tersebut seperti gambar, suara,
tulisan, persembahan dan sebagainya (tidak perlu menentukan bentuk media dan
penggunaannya).
2.2 Pelajar membentangkan media yang dicipta masing-masing. Pembentangan harus
merangkumi penyebaran media yang sesuai dengan penciptaannya, seperti melalui
sign board, online, persembahan dan sebagainya).
2.3 Setelah penciptaan media selesai, guru memilih kumpulan yang mempunyai tajuk
situasi yang sama untuk membentang. Kumpulan mana yang dapat menarik minat
pendengar dan sesuai dengan situasi akan mendapat markah yang istimewa.
2.4 Guru mengagihkan alat untuk menciptakan media seperti kertas flip chart dan pen
berwarna-warni. Masa yang diberikan untuk penciptaan media ialah 20 minit.
3. Guru mengarahkan kumpulan yang dapat situasi yang sama membentang secara
bergilir. Pembentangan harus merangkumi penyebaran yang sesuai dengan media yang
58