Page 71 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 71
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
dicipta oleh kumpulan masing-masing. Masa yang diberikan ialah 2 minit untuk satu
kumpulan. Kemudian pendengar atau kawan-kawan memberi pandangan tentang
kumpulan yang paling bersesuaian dengan media, situasi dan matlamat. Lakukan
perkara ini hingga selesai 5 situasi.
4. Guru dan pelajar berbincang tentang penciptaan media yang merangkumi beberapa
perkara seperti apakah matlamatnya, sesuai dengan situasi atau tidak serta apakah
faktor yang harus difikirkan sebelum menciptakan sesuatu media?
5. Guru membahagikan kumpulan kepada tiga kategori, iaitu sebelah kiri ialah kategori
media yang sesuai, di tengah-tengah kelas ialah kategori media yang tidak pasti
manakala sebelah kanan ialah kategori media yang tidak sesuai.
6. Guru menayangkan media yang mendapat johan di dalam kelas. Kemudian guru
bertanya kepada pelajar adakah media ini bersesuaian untuk disebarkan. Jawapannya
pelajar harus bergerak mengikut kategori yang telah ditetapkan iaitu kategori sesuai
harus pergi ke sebelah kiri kelas, tidak pasti di tengah kelas dan tidak sesuai pergi ke
sebelah kanan kelas.
7. Guru memilih pelajar secara rawak 2-3 orang pada setiap kategori untuk memberikan
alasan kesesuaian, tidak pasti dan tiak sesuai media tersebut.
Tahap Kesimpulan Aktiviti (10 minit)
1. Guru dan pelajar berbincang tentang perkara yang harus difikirkan sebelum
menciptakan media.
2. Guru dan pelajar berbincang tentang kepentingan perwujudan media yang pelbagai dan
kesan-kesan yang akan berlaku setelah penciptaan media melanggar hak orang lain.
ABM DAN SUMBER PEMBELAJARAN
1. Aktiviti 4.1: Kad kata yang berkaitan dengan media dan aplikasi yang berkaitan
dengan komunikasi berjumlah 20 keping.
2. Aktiviti 4.2: Keadaan untuk pelajar mencipta media
3. Alat sambungan dengan Internet untuk pelajar mencari maklumat tentang penciptaan
media.
4. Kertas flip chart dan pen berwarna-warni untuk pelajar sebanyak 10 kumpulan.
59