Page 65 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 65

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas


                 PENGETAHUAN UNTUK GURU


               Nilai  kemanusiaan adalah sama walaupun berbeza bangsa, jantina, kulit, bahasa, agama,

               budaya, keturunan, pangkat tinggi  atau rendah dan sebagainya. Nilai  seseorang manusia

               mempunyai kepentingan dalam kehidupan mereka, bermulanya daripada hidup di  dalam
               masyarakat, komuniti, keluarga, perhubungan antara satu sama lain, pekerjaan, pendidikan,

               serta politik dan sebagainya. Kerajaan dan masyarakat harus menghormati tanpa menyekat,

               menghina, menganiaya atau bertindak seperti binatang atau bukan manusia. Semua manusia
               mempunyai nilai dan harga diri dalam hidup kerana mereka mempunyai nyawa, mempunyai

               badan, mempunyai darah dan isi, mempunyai perasaan dan mempunyai jiwa.

                       Penggunaan penghormatan diri individu dalam prinsip hidup akan selamat daripada

               perasaan menganggap bangsa atau etnik sendiri lebih tinggi daripada bangsa atau etnik lain.
               penghormatan nilai seseorang manusia akan mengelak daripada penzaliman, pembunuhan,

               keganasan dan sebagainya. Walaupun sekarang penghormatan tentang  kemanusiaan telah

               tersebar luas, namun masih lagi mempunyai sekatan dan melanggar peraturan penghormatan
               kemanusiaan seperti topik tentang orang pinggiran seperti dalam aktiviti sebelum ini. Oleh itu,

               harus sama-sama menyelesaikan permasalahan ini.

                       Perundangan telah menobatkan perihal orang pinggiran dengan jelas, namun masih lagi

               mempunyai permasalahan terhadap orang pinggiran. Permasalahan yang berlaku disebabkan
               anggapan (attitude) yang negatif terhadap kumpulan ini. Tidak dapat dinafikan bahawa pihak

               kerajaan atau swasta masih lagi beranggapan bahawa orang pinggiran ialah pelarian dari negara

               luar  dan  menganggap  kumpulan  ini  merupakan  kumpulan  yang  tidak  penting  dalam
               masyarakat. Anggapan tersebut menyebabkan masalah orang pinggiran masih wujud. Oleh itu,

               harus mengadakan pertukaran pandangan tentang orang pinggiran antara pihak kerajaan dan

               swasta secara serius untuk mengubah tangkapan minda dan memahami orang pinggiran lebih
               mendalam.


















                                                                                                        53
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70