Page 74 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 74

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas


                 PENGETAHUAN UNTUK GURU


               Kebebasan media massa – pada 3 Mei 1991 UNESCO telah membuat pengesyoran kepada

               Pertubuhan  Bangsa-Bangsa  Bersatu  bahawa  pada  3  Mei  setiap  tahun  merupakan hari

               “Kebebasan Media Massa sedunia” (World Press Freedom Day). Tujuan hari ini disambut
               adalah  untuk  mengutamakan  hasrat  dan  prinsip  asas  kebebasan media  massa  sedunia.

               Kebebasan yang dimaksudkan termasuk kebebasan dalam berfikir dan bertindak, memberi

               peluang untuk media massa melaporkan sesuatu dengan hakikat secara bebas dan selamat.
               Walaupun perayaan hari kebebasan media massa ini baru bermula pada tahun 1991, namun

               kebebasan dalam persembahan telah dibincangkan semenjak 70 tahun sebelum ini. Bukti ini
               dapat  dilihat  melalui  Bangsa-Bangsa Bersatu  telah  mengakui “Pengisytiharan hak  asasi

               manusia sejagat” (The Universal Decleration of Human Rights) pada 10 Disember 1948, yang
               menobatkan tentang kebebasan dalam pelaksanaan dan kebebasan media massa pada nombor

               19 yang berbunyi, “Semua manusia berhak untuk mengemukakan pandangan dan bertindak

               secara bebas. Kebebasan ini harus mengemukakan pandangan tanpa berpihak kepada mana-
               mana  serta  untuk  mencari  keuntungan,  menerima  serta  menyebarkan  berita,  dan

               mengemukakan pandangan melalui mana-mana cara tanpa batasan”.

                       Perkembangan teknologi  yang pesat mengakibatkan siapa sahaja dapat  menguasai

               media massa dengan mudah. Kumpulan ini dapat mempertahankan serta menyumbangkan hak

               asasi manusia tanpa menggunakan cara pilih kasih, benci serta ganas, khususnya penyebaran
               berita yang tidak adil di dalam masyarakat. Media massa dapat melakukan dengan berdasarkan

               kepada “kebebasan dalam tindakan” yang mana telah diakui dari seluruh dunia.





























                                                                                                        62
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79