Page 73 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 73

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas


                                                                              Dibaiki: tidak dapat

                                                                              menganalisis kesesuaian
                                                                              media yang diciptakan

                                                                              apabila hendak disebarkan

                                                                              serta tidak dapat
                                                                              menghuraikan faktor yang

                                                                              dapat menyumbangkan
                                                                              kesesuaian media itu.




                 PENGESYORAN
                   1.  Sekiranya jumlah pelajar kurang daripada 40 orang, guru dapat mengurangkan kad kata.

                       Jumlah pelajar pada setiap kumpulan adalah fleksibel, yang harus difikirkan ialah
                       jumlah  kumpulan  harus  berada  dalam  nombor  genap  untuk  kemudahan dalam

                       perbandingan media.

                   2.  Guru harus memberikan kebebasan kepada pelajar tentang penyesuaian media atau
                       tidak. Untuk pemahaman yang lebih mendalam setiap kumpulan dapat menciptakan

                       soalan untuk bertanyakan kawan serta membuat kesimpulan media yang diciptakan
                       masing-masing.


                 DEFINISI OPERASIONAL

                   1.  Media bermaksud perantaraan yang pemberi maklumat ingin menyebarkan maklumat
                       kepada penerima maklumat dalam bentuk cerita, berita, ilmu pengetahuan, situasi,

                       pemikiran, keadaan dan sebagainya.
                   2.  Hak bermaksud kuasa yang diterima oleh undang-undang dalam melakukan sesuatu

                       tindakan dengan jujur dan bebas tanpa melanggar hak orang lain.

                   3.  Kebebasan bermaksud kemampuan untuk dilakukan sesuatu ikut kehendak sendiri
                       tanpa sekatan daripada pihak lain seperti kebebasan dalam pertuturan, kebebasan dalam

                       memeluk agama, hak dalam pengucapan atau melalui kelakuan yang tidak melampaui
                       batasan hak orang lain.











                                                                                                        61
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78