Page 61 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 61
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
(2) Setiap orang berhak untuk keluar ke negara mana-mana sahaja atau keluar dan masuk
dalam negara asalnya.
5. (1) Setiap orang berhak untuk mencari dan dapat tinggal di mana-mana negara untuk
menyelamatkan diri daripada hukuman gantung.
(2) Dilarang untuk menggunakan hak ini andainya seseorang tidak melakukan kesalahan
politik atau tindakan yang bercanggah dengan objektif dan prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu.
6. (1) Setiap manusia berhak untuk memiliki satu warganegara.
(2) Seseorang tidak dapat ditolak sebagai warganegara dalam sesebuah negara atau ditolak
apabila seseorang ingin menukar warganegara.
STANDARD PEMBELAJARAN
S 2.2 M.4-6/1: Analisis dan melaksanakan mengikut undang-undang terhadap diri,
keluarga, komuniti, negara dan masyarakat dunia.
S 2.2 M.4-6/4: Menilai keadaan hak asasi manusia dalam negara Thai dan
mencadangkan jalan untuk pembangunan.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pelajar dapat menganalisis hubungan antara perundangan dan kesan yang akan berlaku
terhadap orang pinggiran.
PROSES PELAKSANAAN AKTIVITI
Tahap permulaan (10 minit)
1. Guru menunjukkan gambar tentang orang pinggiran, yang mana kumpulan ini sentiasa
tidak diberikan perhatian, tidak dipedulikan dan tidak diberikan hak. Gambar yang
ditunjukkan terdiri daripada empat gambar iaitu gambar orang berhijrah, orang yang
tinggal dalam kawasan kumuh (slum), gambar orang minoriti, gambar tenaga buruh,
gambar orang asing seperti dalam Aktiviti 3.1.
2. Guru mengarahkan pelajar mencari persamaan yang terdapat pada setiap gambar orang
pinggiran tersebut.
49