Page 63 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 63
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
Kumpulan 4: Tentang tenaga warganegara asing dapat dicari maklumat
tambahan daripada akta pekerjaan bagi warganegara asing dalam perkara kemasukan
orang asing untuk mencari kerja.
3. Penganalisisan daripada setiap kumpulan akan ditulis dalam kertas Aktiviti 3.2
“Perundangan dengan orang pinggiran” nombor 1-3.
4. Pembentangan harus dilakukan oleh setiap kumpulan dengan menggunakan masa
antara 5-10 minit.
Tahap kesimpulan aktiviti (10 minit)
1. Guru dan pelajar saling menganalisis kesesuaian yang harus didapati sebagai manusia
tentang punca serta perundangan yang berkaitan dengan warganegara asing yang
berkaitan dengan orang pinggiran. Kemudian sama-sama mengeluarkan pandangan
tentang penyelesaian permasalahan tersebut melalui penulisan dalam kertas Aktiviti 3.2
“Perundangan orang pinggiran” (nombor 4).
2. Guru memilih pelajar pada setiap kumpulan secara rawak untuk mengemukakan jalan
penyelesaian.
3. Guru dan pelajar membuat kesimpulan bersama tentang pengesahan perundangan
orang pinggiran tersebut belum berpada untuk seseorang manusia. Perundangan
tersebut harus ditambah baik, kerana semua manusia mempunyai hak yang sama dan
berhak untuk menerima perlindungan daripada kerajaan dengan saksama tanpa
berbelah bahagi.
4. Guru dan pelajar berbincang lagi tentang pihak yang mendapat kesan daripada
perundangan di atas.
ABM DAN SUMBER PEMBELAJARAN
Aktiviti 3.1: Gambar tentang Orang Pinggiran
Aktiviti 3.2: Undang-undang tentang Orang Pinggiran
51