Page 60 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 60
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
UNIT HAK ASASI MANUSIA YANG BERKAITAN DENGAN
PEMBELAJARAN 2 WARGANEGARA
Aktiviti 3 Undang-undang tentang Orang Pinggiran Masa: 1 jam
KONSEP PENTING
Orang-orang pinggiran merupakan kumpulan yang tidak diberikan perhatian, tidak diberikan
peluang dan tidak diberikan hak daripada orang-orang ramai. Alasan ketidakprihatinan tersebut
kerana mereka menganggap golongan ini tinggal di luar masyarakat orang ramai. Pihak orang
awam atau kerajaan dapat menyekat hak kemanusiaan melalui beberapa proses seperti daripada
polisi kerajaan. Secara sepintas lalu tidak dapat dilihat sekatan yang dilakukan kerajaan
terhadap mereka, kerana polisi kerajaan yang didapati dapat menutup ketidakadilan terhadap
kumpulan ini. Kesan yang didapati daripada keadaan tersebut ialah kumpulan ini tidak
mempunyai kuasa untuk menuntut, tidak berpeluang untuk berpendidikan, tidak mempunyai
cara untuk mendapatkan kuasa dan dilarang untuk keluar daripada sistem tuntutan kuasa serta
pemberian segala kemudahan daripada kerajaan. Kumpulan yang dimaksudkan di sini
termasuk kumpulan minoriti, kumpulan yang berhijrah, orang yang tinggal di kawasan kumuh
(slum), peladang, pesawah di pedalaman, bohsia, tenaga buruh yang tidak mempunyai
kemahiran, buruh warga asing dan lain-lain. Oleh itu kita harus bekerja sama untuk
membangun dan mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki undang-undang yang
berkaitan.
PENGISYTIHARAN HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT
1. Semua manusia mempunyai hak untuk diterima sebagai orang yang sah mengikut
perundangan pada setiap tempat.
2. Semua manusia mempunyai persamaan dalam perundangan dan berhak untuk
menerima perlindungan undang-undang dengan saksama. Dalam keadaan yang sama,
setiap orang berhak untuk menerima perlindungan yang adil daripada pilih kasih,
kerana tindakan tersebut merupakan tindakan melanggar pengisytiharan.
3. Seseorang tidak dapat ditangkap, dikurung atau dihalau untuk keluar dari kawasan atau
negara dengan sewenang-wenangnya.
4. (1) Setiap orang berhak untuk bergerak dan tinggal di mana-mana negeri dalam
sesebuah negara dengan bebas.
48