Page 62 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 62
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
Contoh jawapan: Setiap gambar mempunyai persamaan melalui sekatan polisi kerajaan
terhadap setiap golongan yang terdapat di dalam gambar tersebut. Keadaan tersebut
menyebabkan mereka ini tidak diberi hak atau prihatin. Kumpulan inilah dipanggil sebagai
orang pinggiran.
3. Guru berbincang lagi tentang keadaan orang pinggiran di negara Thai sekarang. Orang
pinggiran yang masih didapati di negara tersebut ialah orang minoriti, orang berhijrah,
orang yang tinggal di kawasan longkang atau kumuh (slum), peladang, pesawah yang
tinggal pedalaman, bohsia, tenaga buruh yang tidak mempunyai kemahiran, buruh
warga asing dan lain-lain untuk mengaitkan dengan isi.
Tahap aktiviti (45 minit)
1. Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diselangi dengan pelajar
pintar, sederhana dan lemah. Perkara yang harus dianalisis pada setiap kumpulan adalah
seperti berikut:
Kumpulan 1: Tentang orang berhijrah
Kumpulan 2: Tentang orang dalam kumuh (slum)
Kumpulan 3: Tentang orang minoriti
Kumpulan 4: Tentang tenaga warga asing
2. Tajuk yang didapati harus dianalisis masalah yang dihadapi serta perundangan yang
berkaitan. Penganalisisan dilakukan melalui pencarian daripada Internet.
Kumpulan 1: Tentang orang berhijrah dapat dicari maklumat tambahan dalam
perundangan tentang pelarian.
Kumpulan 2: Tentang orang dalam kumuh (slum) dapat dicari maklumat tentang
punca, kesan yang berlaku serta mengaitkannya dengan undang-undang daripada kesan
yang berlaku tersebut. Contohnya orang yang tinggal dalam pembetungan longkang
mempunyai pendapatan yang rendah, mereka terpaksa mencari pendapatan dengan cara
yang salah seperti berniaga dadah. Maka mempunyai hubungan dengan akta
perundangan dadah yang memberi kesan negatif (penganalisis bergantung pada punca
dan kesan yang dilakukan pelajar di dalam kumpulan) dan sebagainya.
Kumpulan 3: Mencari maklumat tentang orang minoriti dan akta kebangsaan
tentang permohonan/pertukaran kepada warga negara Thai.
50