Page 52 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 52
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
(3) Setiap orang yang bekerja berhak mendapat gaji yang adil dan bermanfaat, dapat
menyara hidup diri dan keluarga sesuai dengan kehormatan diri sebagai manusia.
Andainya dapat, mereka ini harus mendapat perlindungan lain-lain lagi dari
masyarakat.
(4) Setiap orang berhak untuk mengadakan atau mengikuti persatuan buruh untuk
perlindungan dan kepentingan diri.
24. Setiap orang berhak untuk rehat dan mempunyai masa lapang serta mengehadkan masa
kerja mengikut kesesuaian. Manakala untuk kerja tambahan pada hari cuti harus
mendapat pendapatan tambahan.
25. (1) Setiap orang berhak mempunyai cara hidup yang standard, mencukupi untuk
kesihatan dan kehidupan yang baik untuk keluarga, makanan, pakaian, tempat tinggal,
perubatan dan perkhidmatan yang perlu di dalam masyarakat. Selain itu, seseorang juga
berhak mempunyai kestabilan pada masa lapang, sakit, cedera, warga emas atau semasa
hilang pekerjaan (menganggur) yang di bawah kuasa yang dikawal oleh mereka.
(2) Ibu dan kanak-kanak berhak mendapat perubatan dan pertolongan secara istimewa.
Semua kanak-kanak harus mendapat perlindungan daripada masyarakat, sama ada
mereka dilahirkan secara pernikahan yang sah atau di luar pernikahan sekalipun.
26. (1) Setiap orang berhak dalam pendidikan. Pendidikan percuma diberikan sekurang-
kurangnya pada tahap sekolah rendah dan pendidikan asas. Tahap sekolah rendah
dijadikan sebagai tahap wajib belajar. Pendidikan vokasional harus dijadikan sebagai
pendidikan terbuka yang dapat dimasuki oleh setiap lapisan pelajar demikian juga
dengan pendidikan pada tahap tinggi.
(2) Pendidikan harus dijadikan tempat membangunkan sahsiah manusia dengan
lengkap tetapi masih menghormati hak asasi manusia. Manakala pembinaan kebebasan
asas dengan kuat itu harus menyumbangkan pemahaman, fleksibel, persahabatan dalam
komuniti, kumpulan bangsa atau agama. Selain itu, harus dapat sokongan tentang
aktiviti dalam Bangsa-Bangsa Bersatu demi mempertahankan keamanan.
(3) Ibu bapa berhak untuk memilih sekolah anak-anak mereka.
27. (1) Setiap orang berhak untuk menyertai budaya dengan bebas yang dapat
menghiburkan hati tentang kesenian dan menyertai perkembangan baharu yang dapat
menyumbangkan sains.
(2) Setiap orang berhak mendapat perlindungan material dan spiritual daripada kesan
pembinaan produk pada bahagian sains, kesusasteraan yang direka sendiri.
40