Page 51 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 51
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
(2) Pernikahan dilakukan secara suka rela dengan bebas dan jujur oleh pasangan
pengantin.
(3) Keluarga adalah unit semula jadi asas dalam masyarakat dan berhak untuk mendapat
perlindungan daripada masyarakat dan kerajaan.
17. (1) setiap manusia berhak untuk memiliki harta secara peribadi dan secara berkongsi.
(2) seseorang tidak dapat dirampas harta dengan sewenang-wenang.
18. Setiap orang berhak untuk beragama atau mempunyai pemikiran tentang agama secara
bebas. Hak ini termasuk kebebasan dalam mengiklankan agama, kepercayaan peribadi
melalui cara mengajar, mengamalkan ibadat dan kepercayaan sama ada secara peribadi
atau berkumpulan di tempat awam atau tempat peribadi.
19. Setiap orang mempunyai hak kebebasan dalam memberikan pandangan tanpa halangan
daripada mana-mana pihak atau untuk mencari keuntungan. Mereka juga berhak untuk
menerima dan menyebarkan berita dan pandangan melalui cara-cara mana sahaja tanpa
membatasi kawasan.
20. (1) Setiap orang berhak mengadakan mesyuarat dan menciptakan persatuan dengan
secara aman dengan bebas.
(2) Seseorang tidak dapat dipaksa untuk mengikuti sesuatu persatuan.
21. (1) Setiap orang berhak untuk menyertai dalam urusan kerajaan mereka, sama ada
secara terus atau melalui wakil rakyat yang telah dipilih melalui undian.
(2) seseorang berhak untuk mendapat perkhidmatan awam dalam negara masing-
masing dengan saksama.
(3) Hasrat rakyat merupakan asas kuasa kerajaan. Hasrat ini harus disebarkan melalui
pengundian yang diadakan mengikut masa yang jelas dan tepat melalui pencarian suara
secara umum dengan saksama dan pemilihan harus dilakukan secara rahsia atau
pemilihan dilakukan secara bebas.
22. Setiap manusia selaku ahli masyarakat mempunyai hak dalam menstabilkan diri dalam
masyarakat, menguasai ekonomi, masyarakat dan budaya. Semua ini merupakan
kepentingan terhadap kehormatan diri dan terhadap pembangunan diri dengan bebas
mengikut kemampuan negara, perhubungan antarabangsa mengikut kekayaan yang
didapati dalam sesebuah negeri.
23. (1) Setiap orang berhak untuk bekerja, memilih kerja dengan bebas dalam keadaan yang
adil, bermanfaat untuk kerjaya dan perlindungan daripada pengangguran.
(2) Setiap orang berhak untuk mendapat gaji yang adil dalam pekerjaan yang sama
tanpa bebelah bagi.
39