Page 49 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 49
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
kumpulan tersebut yang bukan berbentuk ketenteraan untuk menjaga keselamatan dan
memisahkan kumpulan lemah seperti kanak-kanak kepada kumpulan lain.
PENGETAHUAN UNTUK GURU
Pengisytiharan Hak Asai Manusia Sejagat merupakan kejayaan bersama untuk seluruh
penduduk dunia. Tujuan akhirnya adalah agar semua penduduk dan badan-badan NGO di
dunia ini sentiasa mengingati pengisytiharan ini. Peringatan yang harus dilakukan oleh guru
ialah usaha mengajar atau mengkaji agar dapat membentuk pelajar yang menghormati hak
dan kebebasan. Melalui proses yang canggih sama ada di dalam dan luar negara dapat
menyumbangkan keutamaan kehormatan manusia. Selain itu, melalui proses kecanggihan
di dalam dan luar negara juga akan diterima, dihormati manusia serta betul-betul secara
sejagat sama ada tergolong dalam kalangan warga di bawah naungan sesebuah negeri dan
sebagainya.
1. Semua manusia mempunyai kehormatan dan hak yang bebas dan saksama. Mereka juga
mempunyai alasan dan kepercayaan yang harus bertindak antara satu sama lain secara
bersaudara.
2. (1) Setiap orang berhak dan mempunyai kebebasan mengikut pengisytiharan ini tanpa
berbelah bahagi mengikut bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, pandangan
politik, etnik, sosial, harta, atau status apa sahaja.
(2) Manusia tidak boleh dipecahkan mengikut status dalam politik, hal ehwal
mahkamah atau hal ehwal antara negara atau tempat yang mereka tinggal sama ada
negara yang ditinggalkan itu merdeka atau sebaliknya.
3. Setiap manusia berhak untuk hidup dengan bebas dan mempunyai kestabilan dalam
hidup.
4. Manusia dibebaskan daripada menjadi hamba sahaya. Hamba sahaya atau jual beli
hamba sahaya adalah dilarang.
5. Manusia mana pun tidak dapat diseksa, dianiayai atau didenda secara berlebihan,
dihina, dikasari dan sebagainya.
6. Setiap manusia berhak untuk diterima mengikut orang undang-undang (legal person)
dan merupakan orang undang-undang pada setiap tempat.
7. Mengikut undang-undang semua manusia adalah saksama dan berhak untuk mendapat
perlindungan daripada undang-undang tanpa berbelah bahagi.
37