Page 50 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 50

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas


                   8.  Setiap manusia berhak untuk menerima perlindungan mengikut undang-undang yang

                       berkuat kuasa tahap kebangsaan terhadap tindakan yang melampaui hak asasi. Setiap
                       manusia berhak menerimanya mengikut perlembagaan atau undang-undang.

                   9.  Seseorang tidak dapat ditangkap, dipenjarakan atau dihalau sewenang-wenang.
                   10. Semua manusia berhak dengan saksama terhadap segala pertimbangan dengan adil dan

                       terbuka dari  mahkamah yang bebas dan tegak  dalam menentukan hak dan tugas

                       terhadap kesalahan apa sahaja yang mereka didakwa.
                   11. (1) Setiap manusia yang didakwa berlaku kesalahan mengikut penjenayah berhak untuk

                       menghipotesiskan sebagai orang bersih (tidak bersalah) sebelum mendapat bukti yang
                       jelas mengikut hukuman secara terbuka. Dan mereka tersebut berhak untuk menerima

                       segala jaminan untuk melawan tuntutan mahkamah.

                       (2) Tidak dapat didakwa seseorang terhadap tindakan atau kesalahan sebelum mendapat
                       hukuman kesalahan undang-undang penjenayah tahap negara atau antarabangsa dan

                       tidak dapat dihukumkan penjenayah secara berlebihan seperti yang sedia ada.
                   12. Setiap  orang tidak dapat diganggu  dengan sewenang-wenang terhadap kedudukan

                       peribadi dalam keluarga, tempat tinggal, dalam komunikasi atau penghinaan terhadap
                       kehormatan  dan  kenamaan  mereka.  Semua  manusia  berhak  untuk  mendapat

                       perlindungan undang-undang daripada gangguan dan penghinaan.

                   13. (1) Semua manusia berhak mempunyai kedudukan dan tempat tinggal dengan bebas
                       dalam sesebuah negeri.

                       (2) Semua manusia berhak untuk keluar dari negara sendiri mahupun dari negara mana-
                       mana pun dan berhak untuk pulang kepada negara asalnya.

                   14. (1) Semua manusia berhak untuk mencari dan menginap di negara lain untuk melarikan

                       diri sebagai refugee untuk mengelakkan diri daripada penganiayaan.
                       (2) Andainya didapati kesalahan lain yang bukan politik atau daripada tindakan lain

                       yang bertentangan dengan objektif atau prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu, orang tersebut
                       tidak berhak untuk menggunakan hak ini.

                   15. (1) Setiap manusia berhak untuk memiliki satu warga negara.

                       (2)  Seseorang  tidak  dapat ditolak  kewarganegaraan dengan sewenang-wenangnya
                       daripada negara asalnya.

                   16. (1) Lelaki dan perempuan yang sampai umur berhak untuk berkahwin, dan mendirikan
                       rumah tangga  tanpa  apa-apa pun pengecualian seperti bangsa, warga  negara atau

                       agama. Setiap manusia berhak untuk berkahwin, semasa perkahwinan dan penceraian.




                                                                                                        38
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55