Page 54 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 54
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
UNIT HAK ASASI MANUSIA YANG BERKAITAN DENGAN
PEMBELAJARAN 2 WARGANEGARA
Aktiviti 2: Hamba: Sejarah dan Latar Belakang Penindasan Masa: 1.5 jam
KONSEP PENTING
Hamba sahaya bermaksud kumpulan manusia yang dihapuskan segala hak dalam masyarakat,
diibaratkan sebagai benda atau milik orang lain. Hamba sahaya merupakan kumpulan paling
bawah pada zaman dahulu, berfungsi untuk berkhidmat kepada pemiliknya tanpa gaji dan tidak
mempunyai kebebasan dalam hidup. Biasanya mereka ini akan diseksa atau didenda dengan
teruk (tidak berperikemanusiaan). Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selaku organisasi
antarabangsa yang berperanan untuk mengamankan dunia menetapkan bahawa penindasan
terhadap hamba sahaya adalah perkara yang melampaui hak manusia di dunia ini.
PENGISYTIHARAN HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT
1. Semua manusia mempunyai hak dalam kehidupan dan kestabilan dalam diri.
2. Manusia mana-mana pun tidak boleh dipaksa untuk dijadikan hamba sahaya.
Penghambaan, perniagaan hamba sahaya atau mana-mana cara adalah dilarang.
3. Manusia mana-mana pun tidak boleh diseksa, dizalimi atau dianiayai secara tidak
berperikemanusiaan.
STANDARD PEMBELAJARAN
S 2.1 M.4-6/4: Menilai keadaan hak asasi manusia di negara Thai dan mencadangkan
cara untuk membangunkan hak asasi manusia.
S 2.2 M.4-6/4 : Menganalisis keadaan-keadaan penting yang memberikan kesan
terhadap perubahan dalam masyarakat, ekonomi dan politik menuju zaman sekarang.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pelajar dapat mencadangkan cara untuk hidup bersama tanpa penekanan atau keganasan.
PROSES PELAKSANAAN AKTIVITI
Tahap permulaan (10 minit)
1. Pelajar diarahkan untuk memberikan maksud hamba sahaya, kemudian guru
mencatatkan kata kunci yang dicadangkan pelajar di papan hitam.
42