Page 55 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 55
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
2. Pelajar membincangkan kata-kata kunci yang terdapat di papan hitam tersebut terhadap
sekatan hak manusia yang didapati.
3. Guru menerangkan pengisytiharan hak asasi manusia nombor 3-5 dan menghuraikan
hubungan perbincangan pelajar pada nombor kedua untuk membawa pelajar kepada
aktiviti seterusnya.
Tahap aktiviti (70 minit)
1. Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan kemudian diarahkan pelajar untuk mencari
maklumat tambahan dalam Masa: 10 minit mengikut tajuk berikut:
KUMPULAN TAJUK MAKLUMAT YANG
DICARI
1 dan 2 Tingkat hamba sahaya di negara - Jenis dan/atau unsur penting
Thai - Cara hidup hamba sahaya
3 dan 4 Kasta Hindu dalam masyarakat - Tindakan daripada pemiliknya
India - Cara untuk hidup di dalam
5 dan 6 Perniagaan hamba sahaya yang masyarakat tanpa penekanan
berkulit hitam dalam masyarakat dan penzaliman
Amerika.
2. Setiap kumpulan mencipta gambar kartun sebanyak 10 gambar untuk menggambarkan
cara hidup serta tindakan yang dilakukan terhadap hamba sahaya. Pada 5 gambar
sebelah kiri mereka dikehendaki melukis gambar kartun pada zaman konservatif. Masa
yang diberikan untuk melukis gambar pada setiap kumpulan ialah 15 minit dan masa
untuk membentang tugasan ialah 3 minit.
3. Guru menentukan perkara yang akan dibincangkan semasa pembentangan berlangsung
ialah:
3.1 Persamaan hamba sahaya antara negara India, Amerika dan Thailand;
3.2 Bagaimanakah ciri-ciri yang menunjukkan perniagaan manusia, penindasan,
tindakan yang dilakukan serta penzaliman melalui gambar-gambar kartun tersebut.
3.3 Apakah sebab negara Thai menghapuskan hamba sahaya, negara India
melonggarkan kasta dalam masyarakat dan negara Amerika Syarikat mengeluarkan
undang-undang menghapuskan hamba sahaya?
43