Page 48 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 48
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
PENGESYORAN
1. Pembahagian kumpulan harus dilaksanakan setelah guru menerangkan proses
melakukan aktiviti kerana bimbang pelajar tidak memberikan tumpuan kepada
penerangan proses pelaksanaan aktiviti jika guru membahagikan kumpulan terlebih
dahulu.
2. Sekiranya guru mendapati pelajar tidak mempunyai telefon pintar (smart phone) guru
boleh membina set aktiviti pada setiap kejadian melalui kertas.
3. Digalakkan guru menyuruh pelajar mencari judul cerita yang sesuai dengan gambar
terlebih dahulu. Andainya pelajar tidak dapat mencari judul cerita dalam tempoh yang
disediakan, guru dapat membantu pelajar mencari nama cerita melalui bantuan kata
kunci tempat kejadian berlaku seperti Auschwitz, Harbin, dan Sungai Khaw.
4. Aktiviti dalam share group terdiri daripada 6 gambar. Setiap gambar akan mempunyai
dua kumpulan yang mendapat gambar yang sama. Oleh itu kumpulan yang mendapat
gambar yang sama harus menceritakan benda yang tidak sama atau meneruskan saja
huraian daripada kumpulan sebelumnya.
DEFINISI OPERASIONAL
1. Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human
Right: UDHR) ialah pengisytiharan hasrat kerjasama antara negara yang merupakan
perkara penting dalam menentukan skop asas tentang hak asasi manusia dan merupakan
petanda hak asasi manusia kali pertama. Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu telah mengakui perkara 217 A (III) pada 10 Disember 1948. Negara
Thai bersetuju dengan perakuan itu.
2. Pembantaian (pembunuhan) etnik (genocide) merupakan suatu tindakan yang
bertujuan untuk memusnahkan kumpulan etnik, kumpulan bangsa, kumpulan warga
atau kumpulan agama di dalam sesebuah negara, secara seluruh atau sebahagian.
Tindakan membunuh atau menganiayai ahli dalam kumpulan daripada segi jasmani
atau rohani, tindakan sengaja yang dirancang untuk memusnahkan atau menyeksa
sesuatu kumpulan daripada segi kedudukan, menggunakan beberapa cara untuk
36