Page 124 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 124
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
2. Pelajar mengemukakan garis panduan untuk hidup bersama dengan damai di bawah
prinsip hak asasi manusia dengan tepat.
PROSES PELAKSANAAN AKTIVITI
Tahap Permulaan (10 minit)
Guru menayangkan berita mingguan yang menarik berkaitan dengan hak asasi manusia untuk
menarik perhatian pelajar. Kemudian bertanyakan soalan kepada pelajar seperti berikut:
1. Adakah pelajar mengikuti berita ini?
2. Apakah kandungan berita ini?
3. Bagaimanakah berita ini melanggar hak asasi manusia?
4. Kenapakah kejadian ini berlaku?
Tahap Aktiviti (50 minit)
1. Pelajar dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk mengkaji
4 berita hak asasi manusia yang berbeza, seperti berikut:
Berita hak asasi manusia mengenai
Kumpulan 1 dan 2
warganegara.
Berita hak asasi manusia mengenai politik
Kumpulan 3 dan 4
dan pemerintahan.
Kumpulan 5 dan 6
Berita hak asasi manusia mengenai ekonomi
Berita hak asasi manusia mengenai
Kumpulan 7 dan 8
masyarakat dan budaya.
2. Setiap kumpulan pelajar menganalisis sebab, impak dan penyelesaian daripada berita hak
asasi manusia tersebut ke dalam kertas besar yang diagihkan guru. Masa yang diberikan ialah
10 minit.
3. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil analisis berita mereka dalam format galeri
berjalan kaki. Setiap kumpulan akan mempunyai wakil untuk membentang. Manakala ahli
kumpulan lainnya akan bergerak kepada semua kumpulan untuk mendengar pembentangan
112