Page 109 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 109
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
PROSES PELAKSANAAN AKTIVITI
Tahap Permulaan (10 minit)
1. Pelajar menonton video “ Perkahwinan paksa punca peningkatan bunuh diri” di bandar
Sinja, Iraq.
2. Guru tanya kepada pelajar, bagaimanakah perasaan anda sekiranya dipaksa untuk
berkahwin dengan orang yang tidak dicintai?
3. Guru menjelaskan untuk mengaitkan dengan langkah aktiviti.
Tahap Aktiviti (40 minit)
Aktiviti Mencari Pasangan
1. Minta pelajar menuliskan ciri tentang diri mereka sendiri di atas kertas yang disediakan
seperti berikut:
- warna kegemaran;
- tarikh lahir;
- makanan;
- subjek kegemaran;
- jenis filem kegemaran.
1.1 Diminta pelajar mencari sekurang-kurangnya 3 orang rakan yang mempunyai
pilihan yang sama. (Sekiranya ada pelajar tidak dapat mencari pasangan, guru
akan menentukan pasangan untuk pelajar tersebut.)
1.2 Jika setiap pasangan mempunyai syarat yang sama seperti telah ditetapkan oleh
guru, diminta pasangan tersebut bertukar kepada pasangan baru. Misalnya, jika
ada pasangan menyukai filem romantis yang sama, mereka mesti menukar
padanan baru, dan sebagainya.
1.3 Guru menetapkan syarat terakhir adalah mencarikan pasangan dengan kawan yang
paling rapat.
97