Page 43 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Pendidikan Menengah Rendah
P. 43
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Peringkat Menengah
Rendah
UNIT 2 HAK ASASI MANUSIA BERKAITAN DENGAN WARGANEGARA
Aktiviti 2 Tanah Yang Sama Masa 1 Jam
KONSEP UTAMA
Setiap manusia mempunyai maruah dan hak untuk mendapat perlindungan secara sama rata
untuk hidup di dunia ini dengan bahagia, tanpa sekatan jantina, bangsa, agama atau pekerjaan.
DEKLARASI UNIVERSAL HAK ASASI MANUSIA YANG BERKAITAN
No. 3 Semua orang mempunyai hak untuk hidup dengan bebas dan mempunyai kesaksamaan
diri.
No. 4 Mana-mana orang tidak boleh diperhamba atau dieksploitasi. Semua jenis perhambaan
dan perdagangan manusia adalah dilarang.
No. 5 Mana-mana orang tidak boleh diseksa, atau diperlakukan atau dihukum dengan kejam,
tanpa perikemanusiaan atau dizalimi.
No. 6 Setiap orang berhak dihormati menjadi manusia yang sah di sisi undang-undang di
mana sahaja.
No. 7 Setiap orang adalah sama mengikut undang-undang dan mempunyai hak untuk
dilindungi tanpa diskriminasi.
STANDARD PEMBELAJARAN/MATRIK
Standard Isi pembelajaran 2.1 Memahami dan melaksanakan tugas sebagai warganegara yang
baik, mempunyai nilai-nilai yang baik dan menjunjung tinggi tradisi serta
budaya Thai, serta tinggal bersama dalam masyarakat Thailand dan masyarakat
dunia dalam keadaan aman.
Matrik Menengah 1/4 Menunjukkan penghormatan terhadap hak diri dan orang lain.
OBJEKTIF
1. Pelajar dapat menjelaskan maruah kemanusiaan.
2. Pelajar dapat menerangkan kepentingan persamaan.
33