Page 41 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Pendidikan Menengah Rendah
P. 41

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Peringkat Menengah
                      Rendah

               ideologi dan agama; serta kebebasan memberikan pendapat dan bersuara merupakan hak asasi

               yang  perlu  disokong  oleh  undang-undang.  Selain  itu  terdapat  juga  hak  mendapatkan
               kewarganegaraan, memiliki pekerjaan, menerima perlindungan buruh, persamaan lelaki dan

               wanita, hak kanak-kanak, belia, warga tua, orang kurang upaya, pendidikan asas, insurans
               pengangguran, perkhidmatan kesihatan awam, kebebasan menikmati seni dan budaya dalam

               kelompok masyarakat dan sebagainya. Hak asasi manusia ini mesti didokumentasikan dalam

               undang-undang, perlembagaan atau dasar setiap negara sebagai jaminan bahawa semua orang
               di negara itu akan dilindungi hak-hak mereka. Sehubungan itu, Akta Suruhanjaya Hak Asasi

               Manusia  Nasional  telah  digubal  pada  tahun  1999  yang  mendefinisikan  hak  asasi  manusia
               sebagai  martabat,  hak  dan  kebebasan  manusia.  Penubuhan  suruhanjaya  ini  membuktikan

               bahawa hak asasi manusia dilindungi di bawah undang-undang dan Perlembagaan Kerajaan

               Thailand.  Ia  mempunyai  kewajiban  untuk  menegakkan  hak  asasi  manusia  yang  diakui  di
               seluruh dunia dan menjadi standard amalan minimum kepada manusia.


               2.      Enam Prinsip Asas Hak Asasi Manusia


                       2.1    Setiap  orang  mempunyai  maruah  manusia  (human  dignity).  Ia  adalah  hak

                              semula jadi yang semua orang ada sejak lahir (national rights).

                       2.2    Semua orang mempunyai kesaksamaan dan tidak boleh didiskriminasi (equality
                              and non-discrimination).

                       2.3    Hak asasi manusia adalah milik semua orang tanpa mengira bangsa, agama,
                              jantina, umur, pekerjaan, status ekonomi atau sosial, kesihatan dan pendapat

                              (universality).

                       2.4    Hak  asasi  manusia  bersifat  holistik,  tidak  dapat  dipisahkan  dan  saling
                              bergantungan (indivisibility & interdependently).

                       2.5    Penyertaan  dan  menjadi  sebahagian  daripada  hak  tersebut  (participation  &
                              inclusion) bermaksud bahawa setiap orang atau kumpulan atau masyarakat akan

                              mengambil bahagian secara aktif dalam mengakses, menerima dan manfaatkan

                              hak sivil, hak politik, hak ekonomi dan hak budaya.
                       2.6    Akauntabiliti dan kedaulatan undang-undang (accountability & the rule of law).

                              Oleh itu, untuk memahami erti hak asasi manusia perlu juga memahami prinsip-
                              prinsip yang merangkumi keseluruhan hak asasi manusia.






               31
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46