Page 40 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Pendidikan Menengah Rendah
P. 40
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Peringkat Menengah
Rendah
3. Guru mewujudkan syarat agar pelajar hanya menyatakan situasi yang sesuai dan boleh
diceritakan.
4. Situasi atau kisah yang dipilih untuk diceritakan mestilah selamat bagi pencerita.
GLOSARI
1. Latar Belakang dan Perkembangan Hak Asasi Manusia
Hak asasi manusia adalah hak semua manusia di dunia yang diwarisi sejak lahir dan bersifat
universal tanpa membezakan bangsa, kewarganegaraan, negara, jantina, kulit, bahasa, agama,
budaya, kesedaran, akal fikiran, atau kemampuan ekonomi. Hak asasi manusia penting untuk
hidup dengan bermaruah, berdikari, bebas, menerima persamaan, kehidupan yang baik, dan
mempunyai hak untuk mencari barang-barang material untuk mencari nafkah, diakui oleh
masyarakat dan dilayan dengan sewajarnya oleh kerajaan.
Sejak tahun 1992, gerakan mempertahankan, mlindungi dan menyebarkan konsep hak
asasi manusia secara beransur-ansur telah berkembang sehinggalah pada tahun 1997, sebuah
perlembagaan dengan penyertaan luas berjaya dibentuk. Terdapat juga peruntukan hak asasi
manusia yang menonjol seperti pembentukan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Nasional.
Hak Asasi Manusia atau Human Rights ditakrifkan sebagai hak untuk kemanusiaan
atau hak untuk dimiliki oleh semua orang tanpa mengira bangsa, asal usul, jantina, usia, warna
kulit, pegangan politik atau status ekonomi. yang merupakan hak semula jadi setiap manusia
sejak lahir. Hak asasi manusia adalah sesuatu yang tidak dapat dipindahkan antara satu sama
lain dan tidak mempunyai sempadan. Oleh itu, tidak ada individu, organisasi, atau kerajaan
yang dapat melampaui batas kemanusiaan. Di samping empat unsur yang diperlukan untuk
kelangsungan hidup manusia, iaitu makanan, pakaian, perubatan dan perumahan, terdapat
pelbagai unsur lain yang turut penting sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia.
Antaranya ialah peluang pendidikan, pekerjaan, keadilan, dan tidak diseksa apabila dituduh
melanggar undang-undang. Semua itu dianggap sebagai keperluan bagi setiap manusia yang
akan menjadikan manusia bertahan dan dapat mengembangkan diri sebagai “hak asasi
manusia” yang semula jadi dan dilindungi oleh undang-undang serta kuasa setiap negeri. Hak-
hak ini termasuklah juga hak untuk hidup, tidak membunuh atau membahayakan nyawa,
melarang pemerdagangan manusia dan penyeksaan kejam; kebebasan menganut kepercayaan,
30