Page 37 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Pendidikan Menengah Rendah
P. 37

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Peringkat Menengah
                      Rendah

                       orang seterusnya dari kad mereka seorang demi seorang dan ulangi sehingga semua

                       selesai.
               5.      Setiap pelajar menggunakan bahagian belakang Aktiviti 1.1 untuk mencatat apa yang

                       telah  dipelajari  daripada  aktiviti  tersebut  dengan  menjawab  soalan-soalan  seperti
                       “Apakah pendapat pelajar mengenai hak asasi manusia?”, “Bagaimanakah aktiviti yang

                       dijalankan  berkaitan  dengan  hak  asasi  manusia?”  dan  “Jelaskan  maksud  hak  asasi

                       manusia”. Tempoh masa yang diberikan untuk berfikir dan refleks pembelajaran ialah
                       8-10 minit.

               6.      Guru  menambah  dan  melengkapkan  dengan  pelbagai  contoh  mengenai  hak  asasi
                       manusia untuk memberi pemahaman yang lebih baik kepada para pelajar mengenai

                       prinsip dan kepentingannya.


               Ringkasan Aktiviti

               1.      Guru  memimpin  pelajar  untuk  refleksi  pelajaran  dengan  duduk  dalam  bulatan  dan
                       memberikan pandangan seorang demi seorang. Setiap pelajar diberi masa 1 minit untuk

                       memberikan  pandangan.  Guru  menetapkan  peraturan  bahawa  aktiviti  tersebut
                       menggunakan konsep “jika ada pembicara, mesti ada pendengar”. Oleh itu, pendengar

                       mesti menuliskan perkara-perkara penting yang mereka pelajari daripada rakan mereka

                       di atas kertas mereka sendiri dan lakukan sehingga selesai giliran semua pelajar dalam
                       bulatan tersebut.

               2.      Pelajar dan  guru bersama-sama merumuskan pelajaran. Apakah konsep  dan prinsip
                       penting  mengenai  hak  asasi  manusia?  Selain  itu  pelajar  diminta  membentangkan

                       panduan  bagaimana  memberi  layanan  kepada  orang  lain  berlandaskan  hak  asasi

                       manusia dan memberikan contoh situasi bersesuaian untuk membuat kesimpulan.
               3.      Guru mengarahkan pelajar berfikir untuk merancang dan melaksanakan prinsip-prinsip

                       hak asasi manusia yang telah mereka pelajari dalam kehidupan seharian. Pelajar perlu
                       menyatakan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh mereka.













               27
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42