Page 10 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Pendidikan Menengah Rendah
P. 10
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Peringkat Menengah
Rendah
PANDUAN PENGGUNAAN BUKU PANDUAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN
HAK ASASI MANUSIA
Penggunaan Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia
peringkat sekolah menengah bawah (Tingkatan 1-3).
Buku panduan ini untuk pengurusan pembelajaran pendidikan hak asasi manusia di peringkat
menengah rendah (Tingkatan 1-3). Buku ini disediakan sebagai pedoman untuk guru-guru
dalam kelompok mata pelajaran kajian sosial, agama dan budaya, serta guru umum yang
menggunakan standard pembelajaran dan matriks Kurikulum Teras Pendidikan Asas Tahun
2008 sebagai teras aktiviti pembelajaran untuk memberi pengalaman dan pemahaman kepada
pelajar mengenai hak asasi manusia. Kumpulan aktiviti dalam buku ini terdiri daripada contoh
menarik yang sesuai dengan keadaan hak asasi manusia sekarang, iaitu semua manusia berhak
mendapat hak untuk hidup dalam kedamaian, bermaruah, kebebasan, muhibah dan belas
kasihan tanpa mengira perbezaan bangsa, warna kulit, jantina, usia, bahasa, agama, status
fizikal atau kesihatan. Hak asasi manusia juga penting dalam memastikan hak dan kebebasan
manusia. Usaha mempelajari hak asasi manusia ini akan membolehkan pelajar
mengembangkan pengetahuan, sikap dan perspektif, serta dapat mengembangkan kemahiran
untuk hidup berdampingan antara kepelbagaian dan menghormati hak orang lain. Oleh itu, para
pelajar akan belajar berkaitan (about) hak asasi manusia dalam suasana pembelajaran dan
proses (trough) yang mewujudkan budaya hak asasi manusia, seperti setiap orang dibenarkan
mengemukakan pendapat dan mendengarkan pendapat yang berlainan, mengambil bahagian
dalam proses membuat keputusan dan membawa kepada (for) pelaksanaan hak serta tuntutan
untuk diri sendiri dan masyarakat global. Standard pembelajaran dan matriks yang berkaitan
dengan hak asasi manusia serta digunakan sebagai teras dalam reka bentuk aktiviti
pembelajaran adalah seperti berikut:
Isi pembelajaran 1.2 Menengah 3/4 Menganalisis faktor penyebab konflik dalam negara dan
mengemukakan idea untuk mengurangkan konflik.
Isi pembelajaran 2.1 Menengah 1/1 Mematuhi undang-undang untuk melindungi hak individu.
Isi pembelajaran 2.1 Menengah 1/4 Menunjukkan penghormatan terhadap hak diri dan orang
lain.
Isi pembelajaran 2.1 Menengah 2/1 Menjelaskan dan bertindak mengikut undang-undang
terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
9