Page 15 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Pendidikan Menengah Rendah
P. 15

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Peringkat Menengah
                      Rendah

               pembelajaran  mengenai  hak  asasi  manusia.  Pada  tahap  pendidikan  menengah  rendah  ini,

               pelajar akan mempelajari asas-asas hak asasi manusia melalui 1 aktiviti seperti berikut:
                        Aktiviti 1: Apakah yang Telah Anda Lalui?

                       Unit  2  Hak  Asasi  Manusia  Berkaitan  dengan  Warganegara.  Isi  kandungannya
               meliputi maruah kemanusiaan, hak kehidupan, hak untuk tidak menderita penyeksaan atau

               kecederaan tubuh badan, dan hak dalam sistem keadilan. Menerusi aktiviti pengajaran hak asasi

               manusia tahap pendidikan menengah rendah ini, pelajar belajar tentang hak asasi manusia yang
               berkaitan dengan warganegara melalui 2 set aktiviti seperti berikut:

                       Aktiviti 2: Tanah yang Sama.
                       Aktiviti 3: Siapakah yang Membunuh Nanto?

                       Unit  3  Hak  Asasi  Manusia  Berkaitan  dengan  Politik  dan  Pemerintah.  Isi

               kandungannya  mengenai  kesaksamaan  dan  akses  perkhidmatan  awam  serta  hak  untuk
               kebebasan bersuara dan  penyertaan  yang mengatur aktiviti  pengajaran mengenai  hak asasi

               manusia. Pada tahap pendidikan menengah rendah ini, pelajar akan belajar mengenai hak asasi
               manusia yang berkaitan dengan politik melalui 2 set aktiviti seperti berikut:

                       Aktiviti 4 Siapa yang Menang, Siapa yang Kalah.
                       Aktiviti 5 Voice Kids.

                       Unit 4 Hak Asasi Manusia Berkaitan dengan Ekonomi. Isi kandungannya mengenai

               prinsip-prinsip dan ciri harta peribadi serta awam. Pelajar didedahkan dengan garis panduan
               untuk melindungi harta benda peribadi dan awam, hak pekerja, hak pekerjaan dan hak untuk

               upah yang adil yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran mengenai hak asasi manusia. Pada
               tahap pendidikan menengah rendah ini, pelajar akan belajar mengenai hak asasi manusia yang

               berkaitan dengan ekonomi melalui 2 set aktiviti seperti berikut:

                       Aktiviti 6 Hak Milik Sesiapa, Siapa Pun Cemburu.
                       Aktiviti 7 Pencarian Tenaga Buruh.

                       Unit  5  Hak  Asasi  Manusia  Berkaitan  dengan  Masyarakat  dan  Budaya.  Isi
               kandungannya mengenai hak untuk pendidikan, kesaksamaan dan kualiti pendidikan dan hak

               untuk berkahwin dalam kerangka norma sosial, yang terdiri daripada cara peradaban, adat dan

               undang-undang. Antara aktiviti pengajaran mengenai hak asasi manusia peringkat pendidikan
               menengah rendah ini akan mendedahkan mengenai hak asasi manusia yang berkaitan dengan

               masyarakat dan budaya melalui 2 set aktiviti seperti berikut:
                       Aktiviti 8 Sekolah Impian.

                       Aktiviti 9 Bolehkah Anda Berkahwin dengan Saya?




               14
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20