Page 5 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Pendidikan Menengah Rendah
P. 5
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Peringkat Menengah
Rendah
1. Menghormati maruah kemanusiaan.
2. Keyakinan terhadap persamaan seseorang individu tanpa diskriminasi.
3. Kepercayaan terhadap hak dan kebebasan seseorang individu.
4. Memperlakukan terhadap seseorang individu lain sebagaimana sesama manusia.
Empat prinsip asas hak asasi manusia ini juga merupakan prinsip penting dalam Perisytiharan
Hak Asasi Manusia Sejagat yang perlu dipelajari dan difahami bersama oleh manusia.
Penghayatan ini akhirnya membawa kepada penerapan dan penciptaan budaya penghormatan
terhadap hak asasi manusia dan menerapkannya dalam kehidupan masing-masing. Para guru
khususnya memainkan peranan sangat penting dalam membina asas yang kukuh dalam
masyarakat dengan mendidik anak-anak dan belia untuk belajar dan menyedari nilai hak asasi
manusia melalui penerapan pembelajaran, aktiviti pendidikan dan kehidupan harian.
Oleh itu, kepentingan dalam menggalakkan hak asasi manusia adalah selari dengan
prinsip universal. Perlembagaan Kerajaan Thailand 2560 Be. (2017 M.) telah memperuntukkan
penubuhan sebuah organisasi bebas iaitu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Nasional yang
berperanan dan mempunyai kuasa penting di bawah Akta 247 (5) dalam meningkatkan
kesedaran semua lapisan masyarakat terhadap kepentingan hak asasi manusia. Suruhanjaya
tersebut mempunyai tugas dan kuasa mengikut undang-undang perlembagaan mengenai
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Nasional 2560 Be. Akta 27 (1), (2) dan (3) memberi
peruntukan dalam membangkitkan, menyokong dan bekerjasama dengan seorang individu,
agensi kerajaan dan swasta untuk mengkaji, menyebarkan pengetahuan dan meningkatkan
kekuatan hak asasi manusia, membangkitkan, menyebarkan kepada anak-anak, belia dan
masyarakat umum untuk mewujudkan hak asasi manusia masing-masing yang sama dan
menghormati hak asasi orang lain yang mungkin berbeza dalam budaya, tradisi, kehidupan dan
agama.
Oleh itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Nasional sebagai badan yang
bertanggungjawab terhadap hak asasi manusia kebangsaan di sisi perlembagaan telah melihat
keperluan untuk menggalakkan perkembangan hak asasi manusia dalam kalangan rakyat.
Antara usaha untuk menggalakkan hak asasi manusia adalah dengan segera mengadakan garis
panduan secara sistematik mengenai hak asasi manusia di institusi pendidikan di seluruh
negara. Hal ini boleh dilakukan melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan yang
bertanggungjawab terhadap 30,000 institusi pendidikan dan mempunyai lebih daripada
400,000 kakitangan yang berfungsi untuk menyokong serta memberikan pendidikan asas
4