Page 13 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Pendidikan Menengah Rendah
P. 13
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Peringkat Menengah
Rendah
2.2.5 Menggunakan cadangan yang dinyatakan dalam unit pembelajaran. Dalam setiap
set aktiviti terdapat bahagian cadangan untuk membimbing guru. Hal ini membolehkan
mereka menggunakan set aktiviti untuk meminimumkan perbezaan konsep dan
memenuhi objektif aktiviti sebanyak mungkin.
2.2.6 Penyesuaian aktiviti pembelajaran dalam situasi yang berbeza, yang boleh
digunakan oleh guru dalam 2 bentuk iaitu:
2.2.6.1 Pelaksanaan panduan dalam pengurusan pembelajaran berasaskan kurikulum:
Guru menggunakan semua 10 set aktiviti. Ia boleh digunakan dalam pengurusan
pembelajaran di dalam bilik darjah, baik dalam kursus asas di mana setiap
aktiviti selaras dengan petunjuk dan isi kandungan inti dalam kumpulan mata
pelajaran pembelajaran sosial, agama dan budaya serta kursus tambahan. Hal
ini dilakukan sekiranya terdapat hasil pembelajaran yang sesuai dengan objektif
pembelajaran aktiviti tersebut.
2.2.6.2 Menggunakan panduan dalam pengurusan pembelajaran ekstra kurikulum:
Guru boleh menggunakan set aktiviti yang disebutkan di atas untuk mengatur
aktiviti ekstra kurikulum, seperti aktiviti promosi moral, aktiviti perjumpaan
kelas, serta proses mengatur pelbagai aktiviti perkhemahan. Guru dapat
memilih beberapa set aktiviti yang sesuai dengan tujuan mengatur pembelajaran
ekstra kurikulum.
2.3 Sifat Aktiviti
Aktiviti pembelajaran dalam buku panduan ini merupakan rancangan aktiviti untuk pelajar
memperoleh pengalaman atau menghubungkan pengalaman mereka dengan prinsip hak asasi
manusia. Hal ini supaya pelajar dapat menerapkan dalam kehidupan seharian dan membuat
perubahan dalam tindakan, sikap, nilai serta budaya menghormati hak asasi manusia. Aktiviti
yang digunakan adalah penting seperti berikut:
2.3.1 Memberi pengalaman atau berhubung dengan pengalaman setiap pelajar boleh
menjadikan pembelajaran yang bermakna untuk pelajar.
2.3.2 Membolehkan pelajar berfikir dan bertukar pengetahuan dengan orang lain. Ia
boleh bantu pelajar untuk memikirkan perspektif orang lain dan membina
pengetahuan kepada diri sendiri.
2.3.3 Peluang untuk berdialog (dialogue) yang membolehkan pelajar membina
pemahaman melalui perbincangan, mendengar dengan penuh perhatian, dan
tidak membuat penilaian berdasarkan sikap atau kepercayaan peribadi.
12