Page 11 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Pendidikan Menengah Rendah
P. 11

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Peringkat Menengah
                      Rendah

               Isi pembelajaran 2.1  Menengah 3/2  Mengambil  bahagian  dalam  perlindungan  orang  lain

                                     sesuai dengan prinsip hak asasi manusia.
               Isi pembelajaran 2.2  Menengah 3/3  Menganalisis  perlembagaan  semasa  dalam  pelbagai

                                     seksyen yang berkaitan dengan pilihan raya, penyertaan dan memantau
                                     penggunaan kuasa kerajaan.



               1.  OBJEKTIF PANDUAN


               1.1 Bertujuan untuk menjadi garis panduan kepada guru-guru kajian sosial, agama dan budaya,
                   digunakan dalam aktiviti pembelajaran yang mengembangkan pelajar untuk mempunyai

                   pengetahuan dan pemahaman. Panduan ini membolehkan pelajar menyedari kepentingan

                   hak  asasi  manusia  dalam  pelbagai  konteks  seperti  ekonomi,  sosial  dan  budaya,  bukan
                   sahaja sebagai pengetahuan dan pengalaman tetapi juga untuk diterapkan dalam kehidupan

                   diri sendiri, keluarga, komuniti dan masyarakat.


               1.2 Bertujuan untuk membolehkan guru menguruskan pembelajaran bagi pelajar yang tidak
                   belajar secara sistematik mengikut kelayakan, pendidikan alternatif dan pendidikan tidak

                   formal dalam bentuk aktiviti atau kem pembelajaran dengan tujuan memberi pengetahuan

                   dan pemahaman mengenai hak asasi manusia.


               2. GARIS PANDUAN PENGURUSAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
               2.1     Pengurusan Persekitaran Pembelajaran

                       2.1.1 Guru  perlu  menyusun  suasana  fizikal.  Persekitaran  pembelajaran  direka  agar

                            mempunyai  suasana  yang  menghormati  hak.  Pengurusan  persekitaran
                            pembelajaran  harus  memberi  tumpuan  kepada  kepelbagaian  pelajar  dan

                            merancang  pelbagai  peralatan  dengan  mengambil  kira  kepentingan  terbaik
                            kepada semua pelajar. Guru juga harus mengurangkan  halangan  pembelajaran

                            pelajar  dan  mempunyai  fleksibiliti  untuk  pelajar  yang  berbeza  agar  dapat

                            melakukan  aktiviti  atau  pembelajaran  sebanyak  mungkin.  Misalnya  seperti
                            menyediakan  alat  yang  sesuai  untuk  pelajar  kidal,  membuat  tanjakan  untuk

                            pelajar buta atau kerusi roda, termasuk reka bentuk suasana yang kondusif untuk
                            gaya pembelajaran pelajar yang berbeza seperti mengatur papan maklumat yang

                            membantu pelajar yang belajar melalui membaca atau melihat (visual learner)
                            untuk belajar lebih banyak.


               10
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16